NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tarian Singa bukti kebersamaan PAS dengan kaum Tionghua

Penganjuran acara meraikan sambutan Tahun Baru Cina 204 ini membuktikan slogan ‘PAS for All’ bahawa PAS ialah parti merentasi semua kaum.




KUALA LUMPUR
: Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat (LPN) mengambil kesempatan meraikan perayaan tersebut di pekarangan bangunan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Kehadiran Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama-sama  pimpinan tertinggi parti itu telah disambut dengan tarian dua ekor singa.

Dua ekor singa berwarna hijau dan kuning turut mendapat angpau daripada Tuan Guru Presiden; Timbalan Presiden, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden, Dato’ Idris Ahmad; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hasan; dan Pengerusi LPN, Dr Halimah Ali. 

Sehubungan itu Halimah berkata, inilah cara PAS untuk menterjemahkan slogan ‘PAS For All’ dan PAS bukan sahaja bercakap tapi telah melaksanakan slogan tersebut.  

Menurutnya, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini bukan sahaja diadakan di Pejabat Agung PAS tetapi  di seluruh negara, yang menyaksikan Ahli Parlimen, ADUN, Exco, Menteri Besar dan pimpinan PAS Kawasan telah menunjukkan kebersamaan mereka dengan kaum Tionghua. 

“Kita mungkin tidak dilihat dan dirasai oleh kaum Tionghua dalam  memperkenalkan PAS lebih meluas. Sedangkan segala kebajikan dan keprihatinan, sama ada bencana banjir dan sebagainya PAS lakukan di seluruh negara itu semuanya merentasi kaum,” katanya ketika ditemui HarakahDaily, di sini, hari ini. 

Tambah Ahli Parlimen Kapar itu,’PAS For All’ memang diterjemahkan dalam tindakan dan perancangan bahkan ada lajnah khusus untuk perpaduan kaum iaitu Lajnah Perpaduan Nasional. 

“Insya-Allah, Lajnah Perpaduan Nasional sesi ini telah merangka pelbagai kebaikan dan juga dijangka akan berlaku satu gelombang di mana ahli-ahli dan pimpinan PAS akan lebih nampak bersama dengan pelbagai kaum dan bangsa,” katanya. 

Beliau juga menegaskan bahawa ‘PAS For All’ adalah penterjemahan daripada yang sudah termaktub dalam Perlembagaan PAS. 

“Memang sudah jelas antara usaha PAS untuk memastikan keharmonian kaum dan ia ada dalam perlembagaan PAS. 

“‘PAS For All’ adalah slogan yang mudah untuk diingat dan dibawa di mana-mana peringkat organisasi PAS di seluruh negara,” katanya.  HARAKAHDAILY  15/2/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo