NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Taktik Kerajaan Madani manipulasi harga beras dibidas




KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seharusnya bertindak membanteras kegiatan pemain industri beras yang dikatakan telah mencampur beras putih tempatan dan import untuk dijual dengan harga tinggi di pasaran.

Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar berkata, misteri ketiadaan beras putih tempatan dalam pasaran diakui sendiri oleh Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

“(Dato’ Syed Abu Hussin dalam) sidang media yang dilakukan (telah mengakui) bahawa beras putih tempatan memang sudah tiada di pasaran kerana sudah bercampur dan dijual sebagai beras putih import.

“Selepas ini, tiada lagi beras putih tempatan dan beras putih import, kerana ia akan disekalikan sebagai satu nama iaitu Beras Putih Malaysia Madani yang akan dijual pada harga RM30 untuk 10 kilogram beras,” ujar beliau. 

Ahli Parlimen Bukit Gantang tersebut telah diberikan mandat oleh Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) untuk mengumumkan harga siling beras bermula 1 Mac 2024 tersebut atas kapasiti jawatan dilantik itu.

Ustaz Sukri yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia menyifatkan pengumuman oleh Syed Abu Hussin itu hingga menenggelamkan fungsi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Tambah beliau lagi, tindakan ini akan menyebabkan rakyat tertanya-tanya kemungkinan kerajaan mewujudkan situasi panik disebabkan ketiadaan beras putih tempatan adalah untuk menjadi ‘hero’ tetapi menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

“Kemanakah perginya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan? Tidak berfungsikah? Atau sedang memberi laluan kepada seorang pengkhianat untuk menjadi ‘hero’ rakyat?” pertikai beliau lagi.

Sebelum ini, alasan yang diberikan dan selalu didengar adalah beras putih tempatan disorok dan dibeli secara pukal oleh industri akibat peningkatan harga beras putih import menyebabkan stok tempatan tidak dapat dibekalkan kepada rakyat.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya membanteras kegiatan tersebut dan bukannya dengan merestui tindakan itu mahupun menjualnya dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini RM26 untuk 10 kilogram. – HARAKAHDAILY 15/2/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo