NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Hussin yakin Beras Madani dapat dilaksana



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yakin pengenalan Beras Putih Malaysia Madani dicadangkannya bagi menggantikan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) di pasaran dapat dilaksanakan.

Ketua jawatankuasa menangani harga makanan dan kos sara hidup itu berkata, pelaksanaan Beras Madani ditangguhkan kerana masih terdapat pihak berkepentingan tidak faham dengan pengenalan satu gred beras putih berkenaan.

“Perdana menteri suruh buat libat urus kita buat saja libat urus. Sekiranya libat urus katakan minggu depan 2 Mac ada keputusan maka ia boleh diumumkan.

“Tarikh tak penting…yang penting masalah rakyat selesai,” katanya kepada FMT.

Syed Hussin berharap pelbagai libat urus diadakan dapat mencapai kata putus sekali gus menyelesaikan isu beras mahal yang menghantui rakyat ketika ini.

“Kalau tiada keputusan makna tiada beras dalam pasaran yang harganya murah. Itu yang saya bimbang.

“Tapi kalau perdana menteri ingin buat aturan lain itu beliau punya pemikiran. Saya ikut sahaja,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata lebih banyak sesi libat urus akan diadakan berhubung pengenalan Beras Madani, menggantikan SST dan SSI di pasaran.

Anwar berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengadakan sesi libat urus “secara lebih terperinci” dengan pihak berkepentingan berkaitan.

Katanya, hasil sesi libat urus akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) pada 20 Mac sebelum dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Awal bulan ini, Syed Hussin mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani berharga RM30 untuk 10kg mulai 1 Mac.

Beliau kemudian berkata, cadangan itu belum diluluskan Jemaah Menteri.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo