NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sumbangan kepada negara antara asas pengurangan hukuman Najib – Anwar



  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan antara asas Lembaga Pengampunan memutuskan memberi pengurangan hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak disebabkan sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara.
  • Anwar berkata perkara itu turut diambil kira dalam perbincangan mesyuarat Lembaga Pengampunan selain kaedah lain yang diperincikan.
  • “Pertama apa asas rayuan, selalunya memikirkan peranan dia, perjalanan hidup dia sebelum itu, peranan kepada keluarganya, kehidupan di penjara, jasa dan khidmatnya, peranan kepada keluarga atau masyarakat termasuk dalam kes Najib, iaitu sumbangannya kepada negara.
  • “Jadi diberikan juga mengenai proses badan kehakiman, apa kesnya, apa hukumannya, kemudian kalau ada kes dalam proses, itu semua dijelaskan sebelum masing-masing (ahli lembaga) beri pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan,” katanya dipetik Berita Harian ketika Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
  • Terdahulu, media melaporkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
  • Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri juga mengumumkan denda perlu dibayar Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan antara asas Lembaga Pengampunan memutuskan memberi pengurangan hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak disebabkan sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara.

Anwar berkata perkara itu turut diambil kira dalam perbincangan mesyuarat Lembaga Pengampunan selain kaedah lain yang diperincikan.

“Pertama apa asas rayuan, selalunya memikirkan peranan dia, perjalanan hidup dia sebelum itu, peranan kepada keluarganya, kehidupan di penjara, jasa dan khidmatnya, peranan kepada keluarga atau masyarakat termasuk dalam kes Najib, iaitu sumbangannya kepada negara.

“Jadi diberikan juga mengenai proses badan kehakiman, apa kesnya, apa hukumannya, kemudian kalau ada kes dalam proses, itu semua dijelaskan sebelum masing-masing (ahli lembaga) beri pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan,” katanya dipetik Berita Harianketika Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menjelaskan sesiapa sahaja yang sudah dijatuhi hukuman boleh mengemukakan permohonan pengampunan.

“Saya mengakui tanggungjawab itu, jadi kenapa ditanya Perdana Menteri ambil sikap kemukakan rayuan Najib begitu awal, saya kata sebaik sahaja saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan.

“Mesyuarat pertama 9 Disember (tahun) lalu, saya hadir kerana saya masih bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan dan berikutnya (adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Dr Zaliha Mustafa,” katanya.

Beliau berkata tidak wajar untuk menyalahkan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan kerana keputusan itu diputuskan oleh baginda.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan agar perbahasan berkaitan semua perbahasan dan pandangan berhubung isu Lembaga Pengampunan membabitkan Najib dihentikan kerana keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman kepada Najib Razak dibuat atas pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, media melaporkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri juga mengumumkan denda perlu dibayar Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo