NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Solat hajat untuk Palestin di masjid, surau Wilayah Persekutuan esok



KUALA LUMPUR – Masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat selepas solat fardu Maghrib pada 24 Februari 2024 (Sabtu) bagi mendoakan perlindungan dan keselamatan rakyat Palestin.

Ia susulan serangan berterusan tentera Israel yang membedil Semenanjung Gaza Palestin sehingga memasuki bandar Rafah,

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, kutipan khas Jumaat bagi membantu meringankan derita yang ditanggung oleh rakyat Palestin juga telah diadakan pada hari ini di semua masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan sebagai lambang solidariti dan empati umat Islam berikutan penindasan dan kekejaman berpanjangan yang dilakukan oleh rejim Israel.

“Semoga dengan doa dan munajat serta memperbanyakkan amalan bersedekah menjadi asbab pertolongan Allah dari sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo