NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SKMM nafi pemadaman kandungan media Syed Saddiq kritik kerajaan



  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak pernah mengemukakan permohonan kepada TikTok untuk memadamkan mana-mana kandungan video milik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di platform itu.
  • Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata sekiranya ada video milik Syed Saddiq dipadamkan TikTok, maka beliau perlu bertanya sendiri kepada syarikat media sosial itu alasan di atas tindakan berkenaan.
  • “Jadi janganlah semua kalau satu video dipadam mestilah MCMC yang buat mesti Kerajaan MADANI yang buat itu tidak adil dan tidak betul,” katanya di Sesi Kamar Khas di Parlimen di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad@Yahaya berhubung di manakah prinsip kebebasan bersuara dilaungkan sebelum ini dan diiktiraf sebagai hak asasi manusia sejagat dan undang-undang, apabila kira-kira 4,000 akaun yang tidak menyokong kerajaan didakwa dikenakan tindakan.

KUALA LUMPUR —  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak pernah mengemukakan permohonan kepada TikTok untuk memadamkan mana-mana kandungan video milik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di platform itu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata sekiranya ada video milik Syed Saddiq dipadamkan TikTok, maka beliau perlu bertanya sendiri kepada syarikat media sosial itu alasan di atas tindakan berkenaan.

Katanya, tidak adil dan tidak betul jika ada video di platform media sosial dipadam, Kerajaan MADANI dan MCMC yang didakwa melakukannya. 

“Kadang-kadang mereka (syarikat media sosial) ada garis panduan sendiri kalau mereka terima aduan daripada orang awam selepas penilaian mereka. Mereka rasa kandungan itu langgar garis panduan mereka, mereka ada hak untuk buat tindakan juga. 

“Jadi janganlah semua kalau satu video dipadam mestilah MCMC yang buat mesti Kerajaan MADANI yang buat itu tidak adil dan tidak betul. 

“Jadi saya harap Yang Berhormat silalah faham isu ini kalau begitu senang untuk saya tutup akaun Yang Berhormat Muar, YB Putrajaya kenapa akaun TikTok mereka masih di TikTok?,” katanya di Sesi Kamar Khas di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad@Yahaya berhubung di manakah prinsip kebebasan bersuara dilaungkan sebelum ini dan diiktiraf sebagai hak asasi manusia sejagat dan undang-undang, apabila kira-kira 4,000 akaun yang tidak menyokong kerajaan didakwa dikenakan tindakan.

Syed Saddiq sebelum ini dilaporkan mendakwa sekatan kandungan berunsur kritikan kepada kerajaan menerusi media sosial kini meningkat 40 kali ganda, di mana 4,000 kandungan melibatkan kritikan kepada kerajaan disekat pada 2023.

Beliau berkata Ahli Parlimen Putrajaya berdepan nasib sama apabila video kritikan beliau di TikTok berkenaan kejatuhan nilai mata wang negara yang berdasarkan fakta turut disekat apabila mencecah 2 juta tontonan. 

“Saya sendiri nak tanya di sini YB Muar pada hari sama upload muat naik video di TikTok dia dan kritik saya kenapa saya tak minta TikTok untuk turunkan ataupun sekat akaun dia? 

“Banyak lagi akaun-akaun dimiliki ahli-ahli Parlimen pembangkang masih boleh diakses di TikTok seperti Ahli Parlimen Putrajaya yang semasa dalam perbahasan ahli YB Muar yang bercakap bahawa ahli YB Putrajaya disekat TikTok tetapi kalau sebenarnya kalau kita semak dalam telefon kita akaun TikTok YB Putrajaya masih di sana.

“Jadi saya berharap YB faham kami sebagai kerajaan kalau kami ada rasa informasi yang tidak tepat adalah yang berunsur penipuan, bersifat berita palsu kami akan mengemukakan permintaan kepada platform provider untuk padamkan, tetapi platform providermereka juga ada garis panduan mereka untuk melindungi hak bersuara jadi kalau mereka pun bersetuju bahawa kandungan tersebut adalah bersifat berita palsu mereka akan padamkan,” kata Nie Ching. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo