NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sesiapa kibar bendera Palestin “tidak seharusnya hidup” – Menteri Israel



  • Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu, yang merupakan ahli parti pelampau Otzma Yehudit berkata wilayah Gaza tiada hak untuk wujud.
  • Dia turut berkata sesiapa yang mengibarkan bendera Palestin atau Hamas “tidak boleh meneruskan hidup di atas muka bumi”.
  • Berkenaan isu membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, dia berkata “kami tidak akan menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada Nazi”, menambah “tidak ada istilah orang awam yang tidak terlibat di Gaza,” kata Eliyahu dipetik Roya News.
  • Eliyahu juga percaya salah satu pilihan dalam peperangan di Gaza ialah digugurkan bom nuklear di wilayah itu, demikian lapor media Ibrani.
  • Ia disebut Eliyahu sekitar November 2023 tapi diulang semula kenyataannya itu pada Januari lalu, lapor agensi berita Anadolu.

Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu, yang merupakan ahli parti pelampau Otzma Yehudit berkata wilayah Gaza tiada hak untuk wujud.

Dia turut berkata sesiapa yang mengibarkan bendera Palestin atau Hamas “tidak boleh meneruskan hidup di atas muka bumi”.

Berkenaan isu membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, dia berkata “kami tidak akan menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada Nazi”, menambah bahawa “tidak ada istilah orang awam yang tidak terlibat di Gaza,” kata Eliyahu dipetik Roya News.

Eliyahu juga percaya salah satu pilihan dalam peperangan di Gaza ialah digugurkan bom nuklear di wilayah itu, demikian lapor media Ibrani.

Ia disebut Eliyahu sekitar November 2023 tapi diulang semula kenyataannya itu pada Januari lalu, lapor agensi berita Anadolu.

Menteri itu menyokong pendudukan di Gaza dan penubuhan penempatan haram di sana selain berkata rakyat Palestin yang tinggal di kawasan itu “boleh ke Ireland atau padang pasir, raksasa-raksasa di Gaza sepatutnya cari penyelesaian mereka sendiri”.

Russia sebelum ini bertindak mengecam kenyataan mengenai “pilihan” penggunaan senjata nuklear di Gaza yang dikeluarkan Eliyahu pada November lalu. – The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo