NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seorang pemimpin bahagian PKR berkata, ahli hilang arah tuju bagaimana mempertahankan parti berdepan kritikan susulan pengurangan hukuman Najib Razak



PETALING JAYA: Akar umbi PKR dikatakan tidak gemar cara parti menangani pengurangan hukuman bekas perdana menteri, Najib Razak, selain bimbang kemungkinan mereka memboikot PRU akan datang, dakwa pemimpin bahagian.

Bercakap dengan syarat enggan dinamakan, pemimpin dari Lembah Klang itu berkata ramai ahli hilang arah tuju bagaimana mempertahankan PKR di sebalik kritikan.

Katanya, PKR sebelum ini lantang menyentuh isu 1MDB sehingga ke tahap mahu Najib dipenjara.

“Namun, pemimpin kita seperti menutup mulut terhadap pengurangan hukuman dan memberi amaran kepada ahli yang bercakap mengenainya,” katanya kepada FMT.

Pemimpin itu juga turut mendakwa, ahli kecewa dengan pimpinan yang bukan sahaja menolak pandangan aktivis dalam parti, malah memberitahu mereka supaya “mengamalkan disiplin parti”. Beliau berkata, pendirian seperti itu bertentangan nilai parti.

“Kita banyak bercakap sebelum pilihan raya (lalu),” katanya merujuk naratif antirasuah yang menjadi pegangan PKR ketika berkempen.

“Rakyat ambil berat apa kita katakan. Tetapi, apabila berkuasa, kita melakukan benda bertentangan apa yang pengundi mahu daripada kita.”

Pada 30 Jan, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman penjara Najib kepada enam tahun berbanding 12 tahun dalam kes SRC International. Hukuman denda juga dikurangkan kepada RM50 juta berbanding RM210 juta.

Najib menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman dalam kes melibatkan bekas anak syarikat 1MDB itu.

Seorang lagi pemimpin bahagian mengingatkan pimpinan PKR sebagai rakan sepasukan tidak bermakna seseorang tidak boleh membangkitkan kebimbangan terhadap perkara bercanggah dengan prinsip.

“Masa lalu, kita meraikan pandangan dan kritikan ahli parti tanpa mengira kedudukan selagi mana ia dibuat tanpa niat jahat dan dalam ruang lingkup perlembagaan parti,” katanya mengulas maklum balas Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil kepada bekas naib presiden, N Surendran.

Sebelum ini, Fahmi memberitahu Surendran agar mengamalkan disiplin parti selepas bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap berdiam diri “memalukan” Pakatan Harapan atas siasatan kes hasutan melibatkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.

Surendran seterusnya keluar PKR, yang mana membawa kepada ulasan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menggesa Fahmi berhati-hati apabila memberi maklum balas terhadap kritikan atau berdepan risiko lebih ramai aktivis keluar daripada parti itu.

Sumber itu berkata, sejak PKR menjadi sebahagian kerajaan perpaduan bersama bekas seteru, Umno, “prinsip demokratik kita terjejas”.

“Kita kena menerima kerjasama dengan Barisan Nasional demi kebaikan lebih besar (kepada negara), Namun, adakah sampai ke tahap meminggirkan kepercayaan kita demi memuaskan mereka?


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo