NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sedia bantu gubal undang-undang jenayah Syariah – MAIS



KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan umat Islam agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dalam hal ini, pihaknya komited untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri dengan memberi sumbang saran dan idea.

“Ia bagi memudahkan Jawatankuasa Khas menganalisa dan mencadangkan kaedah terbaik bagi memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah Syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, MAIS menyeru umat Islam bertenang memberi peluang kepada Jawatankuasa Khas yang telah dilantik untuk membincangkan isu ini secara terperinci,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mengingatkan semua pihak agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.

Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office semalam, Sultan Selangor turut bertitah, “di dalam menangani isu berbangkit ini, apa lebih penting ialah usaha kita dalam mencari jalan untuk mengatasi segala permasalahan timbul.

Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office semalam, Sultan Selangor turut bertitah, “di dalam menangani isu berbangkit ini, apa lebih penting ialah usaha kita dalam mencari jalan untuk mengatasi segala permasalahan timbul.

Titah Baginda, usaha mengkaji kaedah memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang jenayah Syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, katanya, MAIS menzahirkan sokongan titah Sultan Selangor supaya Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebagai pemegang amanah tunggal wakaf bekerjasama dengan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menjayakan usaha pembangunan wakaf di seluruh Malaysia.

“MAIS menyambut baik hasrat Sultan Selangor untuk memperkukuhkan pendidikan agama Islam di Selangor khasnya mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz untuk memahami makna sebenar ayat-ayat al-Quran,” katanya.

Menurutnya, bagi menyokong hasrat ini, MAIS telah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Tahfiz Selangor bagi memastikan pelaksanaan program-program pendidikan Islam di Selangor dilaksanakan dengan berkesan.

“MAIS menyeru agar semua umat Islam di Selangor tidak menyalahgunakan agama demi kepentingan peribadi bagi mengekalkan keharmonian dan kemuafakatan dalam negara.

“MAIS juga menyeru para ilmuwan Islam untuk meraikan perbezaan pendapat serta menyelesaikan perbezaan pandangan tersebut secara ilmiah, berhemah serta memenuhi saluran yang betul,” katanya lagi. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo