NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rombakan exco Johor perlihat ‘tiada kesatuan’ BN-PH, kata penganalisis

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, mengumumkan perubahan exco masing-masing pada 13 dan 14 Feb.


PETALING JAYA: Tiada wakil Pakatan Harapan (PH) dalam rombakan terbaharu exco Johor memperlihat ‘tiada kesatuan’ antara gabungan itu dengan Barisan Nasional (BN) negeri, kata penganalisis.

Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia, berkata tindakan Umno Johor tidak menyenaraikan Adun PH “mengejutkan”, mengambil kira PH Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan masing-masing melantik wakil BN sebagai exco.

“Ini bukan langkah baik kerana menunjukkan tanda jelas perpecahan dalam kerajaan perpaduan di peringkat negeri,” katanya kepada FMT, sambil menambah PH “berhak menjadi sebahagian exco” kerana mempunyai 12 kerusi DUN.

Semua 11 exco Johor terdiri wakil BN.

Azmil berkata, sekurang-kurangnya dua atau tiga Adun PH cukup berkelayakan diberi jawatan exco. Bagaimanapun, beliau berkata mungkin Umno Johor enggan kelihatan “terlalu selesa” dengan PH, terutama DAP di mata pengundi Melayu.

Rombakan exco diumumkan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, minggu lalu, menyaksikan Adun Tanjung Surat Aznan Tamin dilantik memegang portfolio pendidikan, penerangan dan komunikasi, menggantikan Norliza Noh.

Onn Hafiz, yang juga Adun Machap, juga bertanggungjawab ke atas portfolio pelancongan, selain portfolio hasil bumi, pentadbiran, kewangan, perancangan dan pembangunan ekonomi.

Dalam pada itu, exco Pahang melibatkan sembilan daripada BN dan dua PH, menyaksikan tiga portfolio bertukar tangan dalam rombakan baru-baru ini.

Sementara itu, Chin Yee Mun yang mengetuai Pusat Kajian Sosial dan Dasar Tan Cheng Lock di Universiti Tunku Abdul Rahman, menyifatkan perubahan exco di Johor dan Pahang sebagai “rombakan kecil” mengekalkan status quo.

“Keseluruhannya, saya fikir rombakan tersusun dan bukan petanda BN meminggirkan PH.

“Ia langkah melakukan sedikit perubahan memperkukuh kerajaan negeri dengan mengekalkan status quo, bermaksud BN bukan mengambil alih portfolio daripada PH dan pada masa sama memastikan penyokongnya bahawa BN masih berkuasa,” katanya.

Chin menjelaskan senarai exco Johor dikuasai penuh BN dikekalkan memandangkan kerajaan negeri tertubuh sebelum pembentukan kerajaan perpaduan di pusat.

“Selain itu, pembahagian portfolio telah dipersetujui antara PH dan BN apabila dua gabungan itu memutuskan bekerjasama membentuk kerajaan Pahang susulan PRU15,” katanya.


Sumber  | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo