NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit jatuh: Tingkatkan kadar faedah tidak bawa peningkatan kadar pertukaran

Foto: Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari University of Science and Technology Malaysia.


  • Menaikkan kadar faedah tidak boleh membawa kepada peningkatan kadar pertukaran atau sebutan mata wang, demikian menurut Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari University of Science and Technology Malaysia.
  • “Semalam (Ahad), Datuk Seri Anwar kata, ‘adakah kalau kita meningkatkan kadar faedah dia boleh meningkat kadar pertukaran?’ Dan saya berpandangan, tidak. 
  • “Kalau kita naikkan kadar interest kita jadi naik 5 peratus, kadar pertukaran kita pun tidak akan improve menjadi RM4. Sebab kita nak bertanding dengan negara US, iaitu negara besar. 
  • “Kita negara kecil jadi kalau kita cuba berlawan dalam kadar faedah pun kita takkan menang,” katanya kepada The Merdeka Times di sini, semalam.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, apabila nilai ringgit jatuh antara cadangan diberikan ialah menaikkan OPR, namun tindakan itu juga menurutnya boleh menyebabkan kadar faedah untuk pinjaman kenderaan, pinjaman rumah dan pinjaman kepada peniaga kecil meningkat.

KUALA LUMPUR — Menaikkan kadar faedah tidak boleh membawa kepada peningkatan kadar pertukaran atau sebutan mata wang, demikian menurut Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari University of Science and Technology Malaysia.

Katanya, ini kerana Malaysia negara yang kecil berbanding Amerika Syarikat (AS), maka Malaysia tidak akan ‘menang’ jika ingin berlawan dengan negara itu menerusi kadar faedah.

“Semalam (Ahad), Datuk Seri Anwar kata,‘adakah kalau kita meningkatkan kadar faedah dia boleh meningkat kadar pertukaran?’ Dan saya berpandangan, tidak. 

“Kalau kita naikkan kadar interest kita jadi naik 5 peratus, kadar pertukaran kita pun tidak akan improvemenjadi RM4. Sebab kita nak bertanding dengan negara US, iaitu negara besar. 

“Kita negara kecil jadi kalau kita cuba berlawan dalam kadar faedah pun kita takkan menang,” katanya kepada The Merdeka Times di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kadar pertukaran yang dikaitkan dengan teori interest parityiaitu kadar pertukaran mata wang ditentukan oleh perbezaan kadar faedah antara Malaysia dengan negara yang ditentukan kadar pertukarannya, contohnya AS. 

Barjoyai Bardai berkata hari ini kadar faedah di AS, Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah lima peratus, sedangkan Malaysia tiga peratus yang menyaksikan perbezaan sebanyak 40 peratus. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dilaporkan sebagai berkata, apabila nilai ringgit jatuh antara cadangan diberikan ialah menaikkan OPR, namun tindakan itu juga menurutnya boleh menyebabkan kadar faedah untuk pinjaman kenderaan, pinjaman rumah dan pinjaman kepada peniaga kecil meningkat.

Perkara itu boleh meningkatkan beban hutang kepada kelompok seperti itu. — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo