NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramkarpal enggan berdebat isu pengampunan Najib



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menolak cabaran berdebat dengan wakil Datuk Seri Najib Razak berhubung keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Pemimpin DAP itu  tidak mahu membuang masa menyahut cabaran yang tidak masuk akal.

“Jelas sekali Najib ingin menggunakan saya untuk kekal relevan dengan mencabar saya dalam perbahasan ini. Saya tidak akan membiarkan diri saya dipergunakan dengan aksi publisiti murahan beliau ini.

“Kasihan melihat Najib dalam keadaan terdesak. Mungkin lebih baik dia memanfaatkan masa di penjara sekarang dengan bermuhasabah diri dan bertaubat,” kata dalam kenyataan.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dicabar untuk berdebat berkaitan isu sama ada Najib layak atau tidak dikurniakan pengampunan diraja.

Cabaran itu dibuat menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi Najib.

Ramkarpal mendakwa catatan Facebook tersebut telah diarahkan oleh Najib.

“Tidak ada gunanya berurusan dengan Najib dalam isu ini kerana pertimbangan majoriti permohonan tersebut adalah asas. Malah Lembaga Pengampunan mengekalkan sabitannya,” katanya  lagi

Ramkarpal menegaskan, sebarang perdebatan sama ada dengan beliau atau sesiapa sahaja tidak akan mengubah fakta Najib kekal sebagai banduan dan sabitannya selamat.

Oleh yang demikian, katanya, adalah bijak bagi Najib untuk berhenti mengeluarkan cabaran berdebat yang tidak masuk akal yang hasilnya tidak ada bezanya dengan nasib beliau.

Dalam hantaran di Facebook, pentadbiran media sosial Najib mendakwa, Ramkarpal gagal membincangkan dakwaan wujudnya perkara-perkara luar aturan ketika perbicaraan Najib bagi kes SRC International dalam kenyataan beliau mengenai pengurangan hukuman penjara dan denda Najib.

Ramkarpal sebelum itu berkata, keputusan bersalah Najib dalam kes SRC tidak diragui dan Najib bukan sahaja disabitkan bersalah oleh sembilan hakim malah disifatkan sebagai “memalukan negara” oleh hakim Mahkamah Persekutuan.

Ramkarpal yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang DAP menggesa Lembaga Pengampunan menjelaskan alasannya memendekkan hukuman penjara 12 tahun Najib kepada enam tahun dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.-MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo