NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramkarpal dicabar debat terbuka mengenai pengampunan diraja Najib

Pihak Najib Razak berkata, pegawainya akan menghubungi pihak Ramkarpal Singh untuk menentukan tarikh dan lokasi debat sekiranya cabaran itu disahut.



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh dicabar untuk berdebat sama ada Najib Razak layak atau tidak dikurniakan pengampunan diraja.

Cabaran itu dibuat menerusi kenyataan di laman Facebook Najib yang mendakwa ramai orang tidak faham fakta kes SRC International, dan mereka tidak mengikuti prosiding mahkamah dengan teliti.

Kenyataan itu juga mendakwa Ramkarpal gagal membincangkan dakwaan wujudnya perkara-perkara luar aturan ketika perbicaraan Najib bagi kes SRC International dalam satu kenyataan mengenai pengurangan hukuman penjara dan denda Najib.

Semalam, Ramkarpal berkata, keputusan bersalah Najib dalam kes SRC tidak diragui dan Najib bukan sahaja disabitkan bersalah oleh sembilan hakim, malah disifatkan sebagai “memalukan negara” oleh hakim Mahkamah Persekutuan.

Ramkarpal, yang juga pengerusi biro undang-undang DAP menggesa Lembaga Pengampunan menjelaskan alasannya memendekkan hukuman penjara 12 tahun Najib kepada enam tahun dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Menurut kenyataan di Facebook Najib hari ini, sudah tiba masanya forum terbuka diadakan “untuk memaklumkan orang ramai dengan lebih baik dan membantu mereka membuat kesimpulan sendiri berdasarkan fakta”.

Katanya, memandangkan kes SRC International sudah tamat, “tidak wujud lagi bahaya sub judice atau penghinaan mahkamah apabila kes ini dibincangkan secara terbuka.”

Ramkarpal diundang berdebat secara terbuka dengan “wakil” dari pihak Najib, mengenai sama ada bekas perdana menteri itu layak mendapat pengampunan bagi kes SRC.

Jika Ramkarpal menolak, tokoh lain Pakatan Harapan seperti Tony Pua daripada DAP atau bekas timbalan menteri undang-undang Hanipa Maidin daripada Amanah boleh menggantikan tempatnya, menurut kenyataan itu.

“Pegawai kami akan menghubungi pihak tuan untuk mendapatkan tarikh dan lokasi yang sesuai jika bersetuju.”


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo