NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat sudah jemu dengar formula, alasan Rafizi – Puad



KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini mahu harga barangan, kereta dan tol turun, selain penyelesaian terhadap penurunan ringgit.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, rakyat tidak mahu mendengar lagi formal dari Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.

Menurutnya, rakyat sudah jemu dengar formula dan alasan dari Rafizi.

“Rafizi tanya, “Ada soalan nak bakar Menteri”? Tidak ada YB. Rakyat mahu solution. Rakyat tidak mahu dengar formula,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit menyifatkan Podcast “Yang Bakar Menteri” oleh Rafizi hanya gimik mempopularkan diri.

Puad berkata, cuba Rafizi turunkan salah satu daripada isu yang membelenggu rakyat pada hari ini.

“Jangan buang masa rakyat untuk dengar temberang. Tukar nama “FB Live” itu kepada nama baru “Ini kejayaan formula saya”,” ujarnya. – MalaysiaaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo