Warga asing dilihat mula membanjiri sekitar kawasan dataran berhampiran Stesen Bas Klang di sini pada Ahad. |
KLANG - Hujung minggu serta cuti umum sempena Tahun Baharu Cina dimanfaatkan sepenuhnya buat warga asing untuk membeli barangan keperluan sekitar Bandaraya Diraja Klang di sini pada Ahad.
Tinjauan Sinar Harian seawal jam 11 pagi di sekitar kawasan berdekatan Jalan Pos Baharu serta Stesen Bas Klang di sini mendapati beberapa unit perniagaan selain pusat beli belah sekitar dipenuhi oleh warga asing yang datang menaiki pengangkutan awam seperti bas serta teksi.
Selain itu, terdapat juga warga asing yang dilihat menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk datang ke sini.
Warga Nepal yang mahu dikenali sebagai Ram,35, berkata, waktu cuti ini dimanfaatkan dirinya bersama rakan untuk membeli barangan keperluan harian.
"Isnin sampai Jumaat saya kerja, memang tak sempat nak keluar beli, kali ini saya cuti sebab cuti Tahun Baharu Cina, bolehlah keluar dengan rakan-rakan.
"Sini banyak kemudahan, saya datang sini bersama kawan dengan menaiki bas, sambil beli barang bolehlah berehat sikit-sikit," katanya yang mendakwa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Meru, Klang.
Warga Bangladesh yang mahu dikenali sebagai Rahman,40, berkata, dirinya mula merantau ke negara ini sejak awal 2021.
"Saya dulu masa di Bangladesh belajar dalam bidang elektrik, dapat ijazah, tapi sana susah nak dapat kerja.
"Umur 20-an saya sudah kahwin, dan sudah ada anak empat orang, hidup sana susah, jadi saya datang merantau dan cari makan di sini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Katanya, kini dirinya mengusahakan perniagaan menjual barangan dan pakaian secara kecil-kecilan.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment