NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puad Zarkashi sedia berdebat dengan Rafizi



SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bersedia berdebat dalam podcast ‘Yang Bakar Menteri (YBM)’ bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai formula Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk memulihkan ekonomi negara.

Mohd Puad berkata, ia untuk memastikan Kerajaan Perpaduan yang disokong itu ‘walk the talk’ serta efisien dan padu.

“Saya pernah berdebat dengan Rafizi dalam program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) pro Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dibuat di Auditorium Bangunan Sultan Sallehudin Shah Alam pada 2016, ia bukan perkara baharu.

“Ketika itu semua panelis pro Pakatan Harapan (PH) termasuk Rafizi, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (sekarang Menteri Kesihatan), Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar (pro PKR) dan moderator ialah Dr Maszlee Malik (belum menteri).

“Saya datang bukan sebagai ayam tambatan Perikatan Nasional (PN), saya juga pengkritik tegar parti berkenaan bahkan pada saya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri gagal,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan telah menjemput beberapa individu iaitu Mohd Puad; bekas Ahli MKT UMNO, Isham Jalil dan penganalisis politik, Lim Sian See untuk berdebat dalam podcastnya itu.

Bagaimanapun, pada Isnin, Rafizi memaklumkan beliau baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan akan menjalani rawatan di hospital bagi tempoh dua minggu lagi sebelum dijangka kembali bertugas bulan depan.

Susulan itu, beliau berkata, siaran podcast tersebut akan ditangguhkan sementara waktu dan akan kembali bersiaran pada Mac 2024.

Dalam pada itu, Isham menerusi hantaran di Facebook mempelawa Rafizi untuk berdebat secara terbuka.

“Bila kamu dah sihat, kita debat di tempat neutral dengan waktu siaran dan moderator yang seimbang.

“Kalau di podcast kamu, saya hanya tanya soalan dan kamu monolog seorang seperti sebelum ini buat apa, buang masa.

“Kalau berani debat terbuka, cuma pastikan jantung kamu betul-betul baik dulu,” ujarnya.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo