PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pasukan petugas khas Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) berkuat kuasa serta-merta.
Beliau menggantikan Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan, yang dilantik sebagai timbalan menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada Disember lepas.
“Perdana menteri berharap pelantikan ini dapat memastikan Mitra terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India,” menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan.
Perlantikan ini juga menyusuli peletakan semula unit khas itu di bawah Kementerian Perpaduan Negara, daripada penyeliaan Jabatan Perdana Menteri. Ia bertanggungjawab menangani pembangunan sosioekonomi masyarakat India.
Penyusunan itu selepas pengurusan Mitra menerima penarafan berisiko ‘rendah’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi 2023, menurut laporan media.
Mitra pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) ditubuhkan pada 2014. Ia dijenamakan semula pada 2018 dan pada Sept 2022 di bawah seliaan JPM.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment