Politik Beras
Hari ni Kerajaan sekali lagi buat "u-turn". Mula-mula Kerajaan umum akan perkenal Beras Putih Malaysia Madani dengan harga jualan RM30 bagi beg 10kg.
Kemudian semalam, PMX kata benda ni akan dibincangkan dulu dalam Mesyuarat NACCOL. Maknanya belum ada keputusan lagi.
Harini, Menteri Pertanian keluarkan kenyataan bahawa belum ada ketetapan mengenai beras putih Malaysia Madani. Ini cadangan peribadi Pengerusi Taskforce (Harga Makanan), YB Syed Husin.
Peningkan?
Yang menarik masa umum tu gaya dia macam dah berjaya selesaikan isu harga barang lah. Siap buat "thumbs up" lagi.
Sekali baru sedar rupanya sejak 2008 beras putih tempatan telah ditetapkan RM2.60 sekilogram. Maknanya RM26 untuk 10kg.
Dah apa benda yang dia umum RM30 tu?
Kau tak payah nak jenamakan semula pun beras tu. Rakyat tak kisah pun kalau beras tu dijual dalam plastik putih tanpa jenama. Yang rakyat kisah adalah harga jualan.
Aku peliklah, macamana kerajaan boleh dalam masa tiga hari keluarkan tiga kenyataan berbeza dan bercanggah mengenai perkara yang penting kepada rakyat iaitu harga beras.
Pihak industri, pemborong, peruncit dan pengguna pun pening. Sampai Dato Wira Ameer Mydin pun minta kerajaan jelaskan sebab dia pun pening.
Kalau dia pening, rakyat lagilah pening. Macamana Kerajaan punya proses membuat dasar ni?
Bukan kali pertama tau kerajaan main umum, lepas tu buat "u-turn". Sebelum ni tarif elektrik, kemudian baru ni Pencalonan UNESCO Kampung Cina. Sekarang beras putih pulak.
Itulah masalahnya bila Kerajaan sibuk nak berpolitik sehingga beras pun nak dipolitikkan. Korang tahu kan Pengerusi Task Force (Harga Makanan) ni adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang dianugerahkan jawatan tu selepas dia melompat untuk sokong PMX. Kira macam habuan lah. šš
Lantikan bukan atas kelayakan tapi atas sebab habuan politik, jadilah macam ni. Sebelum pilihanraya berdegar-degar cakap akan hentikan lantikan politik. Sekarang dia pula buat lantikan politik. Siapa? PMX korang ler.
Tolonglah Kerajaan, kita boleh terima kelemahan, sebab ia boleh diperbaiki. Tapi "incompetent" seperti ini sangat merisaukan.
Aku dah persoal masa mula-mula dia dilantik, apa kelayakkan dia sampai dia dilantik kejawatan tu. Tapi PMX tak mau jawab.šš
Yang terakhir aku ada soalan serius nak tanya, korang takde whatsapp group ke? Kalau takde buatlah wei. Memalukan bila kau tadbir kerajaan macam tadbir pejabat PKR Cabang Port Dickson.
Nurul Islam Mohamed Yusoff
No comments
Post a Comment