PUCHONG – Seramai 575 anggota lain-lain pangkat (LLP) unit kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB) di seluruh daerah di Selangor ditukarkan berkuat kuasa hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, arahan pertukaran itu membabitkan pegawai rendah polis berpangkat sarjan ke bawah.
“Mereka ini adalah yang terbabit dalam penugasan di hadapan dan sudah berada di unit berkaitan selama enam tahun.
“Ini adalah antara usaha bagi memastikan anggota ini tidak melaksanakan satu rutin dan bagi memberi peluang merasakan penugasan di unit lain selain mencegah elemen-elemen negatif dalam pasukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang selepas merasmikan Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024 di di Plaza Tol Bukit Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara Puchong di sini hari ini.
Mengenai Op Aman Khas yang menumpukan daerah Klang baru-baru ini, Hussein berkata, operasi dijalankan untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor dan akan turut dilakukan di daerah lain.
“Dalam operasi itu polis menahan 1,184 individu atas pelbagai kesalahan dan kita percaya jika kita menjalankan operasi seperti ini lama kelamaan kadar jenayah akan menurun.
“Op Aman Khas ini adalah lebih fokus dan spesifik berbanding operasi biasa yang dijalankan dan operasi ini akan diteruskan di daerah lain juga,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment