NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN akan bentang RUU persendirian pinda Perlembagaan perkasa Mahkamah Syariah

Takiyuddin Hassan berkata pihaknya menubuhkan jawatankuasa khas kerjasama rentas parti dalam memantapkan undang-undang syariah. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian supaya Perlembagaan dipinda bagi memperkasakan undang-undang serta institusi Mahkamah Syariah.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata usul itu akan dikemukakan menjelang sidang Parlimen akan datang.

Beliau berkata, beberapa keputusan turut dicapai antaranya PAS akan menyerahkan memorandum cadangan mempertimbangan wakil negeri dilantik sebagai anggota Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor.

Takiyuddin berkata, pihaknya juga setuju menubuhkan empat jawatankuasa khas termasuk kerjasama rentas parti dalam memantapkan undang-undang syariah.

“Kita juga akan mengadakan konvensyen pemantapan undang-undang syariah akan dihoskan kerajaan Kelantan pada 24 Feb, yang mana peserta mewakili wakil jabatan agama negeri-negeri, pengamal undang-undang sivil dan syariah, ilmuan dan pegawai kerajaan.

“Pembentangan kertas kerja oleh pakar juga akan dilakukan menerusi konvensyen tersebut,” katanya kepada media selepas sidang meja bulat PAS bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Perkembangan itu susulan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, Jumaat lalu.

Panel sembilan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, mencapai kesimpulan dalam keputusan majoriti 8-1 bahawa DUN tiada kuasa meluluskan 16 peruntukan dalam enakmen itu kerana kesalahan terbabit dirangkumi bawah undang-undang persekutuan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, menggesa semua pihak mengetepikan perbezaan politik dalam memantapkan undang-undang syariah, bukan menyalahkan satu sama lain.

“Kesan keputusan mahkamah baru-baru ini melibatkan seluruh negeri, silap apabila membuat tohmahan konon kesilapan berlaku di DUN Kelantan semata-mata. Sebab itu kita kena bincang isu ini rentas parti,” katanya.

Dalam pada itu, speaker DUN Kelantan yang juga Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, menyeru semua Ahli Parlimen Islam bersatu dalam memantapkan undang-undang syariah termasuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali RUU 355

“Kita kena buat pindaan Perlembagaan kepada RUU355. Akta ini mengikat Mahkamah Syariah sebab itu bila orang banding hukuman mahkamah sivil dalam beberapa kes dengan Mahkamah Syariah nampak undang-undang bawah Mahkamah Syariah lebih rendah…sebab bidang kuasanya terhad, untuk meningkatkan hukuman pindaan perlu dibuat dan ia memerlukan sokongan majoriti Ahli Parlimen,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo