NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN ajak Dr Akmal bawa UMNO keluar dari PH



KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membawa parti Melayu itu keluar daripada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) susulan tindakan terbaru DAP menghiris perasaan orang Melayu.

Pengerusi Biro Armada Pusat, Dr Mohd Aleef Yusof berkata, ini kerana penolakan sayap UMNO itu terhadap cadangan untuk menjadi Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan dunia selari dengan pendirian PN.

“Saya mengajak Dr Akmal sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO membawa satu misi dan aspirasi baharu supaya satu hari nanti membawa UMNO keluar daripada bersama PH.

“Selepas itu UMNO boleh bersama dengan PN dan sama-sama menyatukan orang Melayu sebagaimana DAP menyatukan semua orang Cina.

“Pendirian UMNO yang menolak cadangan Menteri DAP, Nga Kor Ming tidak ubah seperti perjuangan PN,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Isnin lalu, Dr Muhamad Akmal menegaskan, tiada keperluan untuk membincangkan mengenai cadangan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sebelum ini, Setiusaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menolak sekeras-kerasnya cadangan Kor Ming bagi mencalonkan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pada Jun tahun lalu, Kor Ming mencalonkan tujuh kampung baru di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka dan Johor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Selain itu, Mohd Aleef juga melihat bantahan UMNO itu juga tidak ubah seperti aspirasi dan pendirian PN dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Malah bukan hanya isu tersebut, banyak lagi isu lain yang sebenarnya menunjukkan bahawa perjuangan dan prinsip kedua-dua pihak ini adalah sama.

“Saya selaku Pengerusi Biro Armada Pusat, sememangnya senada dengan apa yang dibawa sahabat ADUN saya, Dr Akmal,” katanya.

Katanya lagi, beliau melahirkan simpati apabila ketegasan Pergerakan Pemuda UMNO tidak disambut secara sepakat dalam kalangan pemimpin parti Melayu itu.

“Nampaknya perjuangan UMNO sebenar dibawa oleh KPUM, malangnya hanya beliau seorang yang benar-benar meneruskan perjuangan UMNO sebenar dalam mempertahan hak dan kepentingan kaum terbesar di negara ini.

“Mana pemimpin lain? Adakah mereka semua pengecut malah tunduk kepada DAP?” katanya.

Mohd Aleef turut mengingatkan pemimpin dan orang Melayu supaya kembali bersatu kerana politik kaum terbesar itu semakin lemah disebabkan perpecahan.

“Dalam saat tidak kuat ini, UMNO pula terpaksa tunduk kepada DAP dalam pelbagai perkara, mujurlah ada KPUM yang masih sedar dan tidak mahu menjadi lembu dicucuk hidung.

“Keadaan ekonomi negara semakin jatuh ini turut merosakkan nama UMNO kerana bersama dengan Kerajaan Perpaduan. Kerajaan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya lemah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo