NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM Jordan nafi wujud koridor darat Jordan-Israel



  • Perdana Menteri Jordan, Bisher Khasawneh pada Ahad menafikan kewujudan koridor darat dari Jordan ke Israel untuk memintas serangan Houthi Yaman ke atas kapal berkaitan Israel di Laut Merah.
  • Khasawneh menyelar laporan itu sebagai “rekaan” ke atas negaranya dan menjelaskan tiada perubahan dibuat kepada laluan keluar masuk Jordan selama 25 tahun lalu.
  • Kenyataannya disampaikan semasa siaran televisyen taklimat kerajaan mengenai prestasi ekonomi Jordan di mana beliau menolak spekulasi berkenaan kedudukan Amman berkenaan perang ke atas Gaza.
  • “Ia sesuatu yang memalukan bagi sesiapa sahaja yang meragui pendirian rasmi kami mengenai perang ke atas Gaza,” katanya dipetik The New Arab, menambah pihaknya tidak menerima sebarang manipulasi berkenaan kedudukan Jordan mengenai perang ke atas Gaza.
  • Jordan pada Disember lalu menafikan laporan mengenai penubuhan koridor perdagangan yang menghubungkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel menerusi wilayahnya sebagai laluan alternatif berbanding Laut Merah.
  • Kumpulan Houthi Yaman menyerang kapal-kapal di Laut Merah yang dikenal pasti menuju atau dikaitkan dengan Israel sebagai protes terhadap perang Israel ke atas Gaza.

Perdana Menteri Jordan, Bisher Khasawneh pada Ahad menafikan kewujudan koridor darat dari Jordan ke Israel untuk memintas serangan Houthi Yaman ke atas kapal berkaitan Israel di Laut Merah.

Khasawneh menyelar laporan itu sebagai “rekaan” ke atas negaranya dan menjelaskan tiada perubahan dibuat kepada laluan keluar masuk Jordan selama 25 tahun lalu.

Kenyataannya disampaikan semasa siaran televisyen taklimat kerajaan mengenai prestasi ekonomi Jordan di mana beliau menolak spekulasi berkenaan kedudukan Amman berkenaan perang ke atas Gaza.

“Ia sesuatu yang memalukan bagi sesiapa sahaja yang meragui pendirian rasmi kami mengenai perang ke atas Gaza,” katanya dipetik The New Arab, menambah pihaknya tidak menerima sebarang manipulasi berkenaan kedudukan Jordan mengenai perang ke atas Gaza.

“Kami tidak akan berdiam diri mengenai cerita rekaan terhadap Jordan, dan tidak ada jambatan darat sebenar dari Jordan, dan sistem pengangkutan negara (ini) tidak berubah selama lebih daripada 25 tahun,” kata Perdana Menteri Jordan itu.

Jordan pada Disember lalu menafikan laporan mengenai penubuhan koridor perdagangan yang menghubungkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel menerusi wilayahnya sebagai laluan alternatif berbanding Laut Merah.

Jordan dihubungkan dengan Israel melalui tiga lintasan; lintasan sempadan Sheikh Hussein/Sungai Jordan, lintasan sempadan Jambatan Raja Hussein (Allenby) dan lintasan sempadan Wadi Araba (Yitzhak Rabin).

Sejak 7 Oktober tahun lalu, Israel melancarkan serangan kejam tanpa henti ke atas Gaza, membunuh lebih 29,692 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 69,879 yang lain, dengan ribuan yang masih hilang di bawah runtuhan, menurut pegawai Palestin.

Kumpulan Houthi Yaman menyerang kapal-kapal di Laut Merah yang dikenal pasti menuju atau dikaitkan dengan Israel sebagai protes terhadap perang Israel ke atas Gaza. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo