Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim perlu ‘menggunakan akal yang waras’ sebelum mengeluarkan kenyataan. |
PETALING JAYA: PKR bukanlah parti yang selamanya kuat, malah perlu meminta pertolongan daripada pihak lain untuk membentuk kerajaan, kata Bung Moktar Radin.
Merujuk kepada komen veteran PKR Hassan Karim agar Umno menukar pemimpinnya, Bung Moktar yang juga ketua Umno Sabah berkata, partinya tahu bagaimana untuk menguruskan diri.
“Dia (Hassan) parti lain. kita parti lain, kita tahulah macam mana parti kita, untuk kuatkah, untuk lemahkah,” katanya kepada FMT.
“Parti dia pun bukan selama-lamanya kuat. Kalau sudah kuat, sudah menang PRU, tak perlu pertolongan orang lain.”
Terdahulu, Hassan berkata, Umno perlu membuat rombakan pemimpin untuk memperoleh undi Melayu.
Selagi Umno dipimpin Zahid Hamidi, katanya, masyarakat Melayu sukar menyokong Umno, BN mahupun gabungan BN-PH.
Bung turut membidas Hassan yang menurutnya tiada hak mencampuri urusan Umno.
“Dalam Umno kita ada sistem, Zahid dipilih oleh ahli Umno. Hassan tak ada hak bercakap kerana dia bukan ahli Umno.
“Kalau beliau nak bercakap pasal Umno, masuk Umno lah,” katanya.
Tambahnya, walaupun kebebasan bersuara digalakkan, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu perlu “menggunakan akal yang waras” sebelum mengeluarkan kenyataan.
“Jadi kalaupun nak menembak, jangan tembak kaki sendiri,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment