NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pimpinan DAP perlu kawal ahli keluar kenyataan kontroversi

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2023.


KUALA LUMPUR – Puteri UMNO mengingatkan pimpinan DAP supaya sentiasa menjaga ahli-ahli mereka daripada mengeluarkan atau menyatakan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi.

Malah, DAP perlu menghormati sepenuhnya jalinan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kenyataan Tony Pua yang dimuatnaik di laman Facebook tempoh hari mengundang pelbagai reaksi sekali gus mempamerkan kebiadaban ahli DAP tersebut terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan itu sememangnya tidak boleh diterima sama sekali,” kata ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menerusi kenyataan ringkas kepada media, hari ini.

Lantaran itu, beliau mendesak bekas Setiausaha Publisiti DAP itu memohon maaf secara terbuka di atas sikapnya yang menyindir keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengurangan hukuman Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Pua menyindir keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pengurangan hukuman Najib yang juga bekas presiden UMNO.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Pua dilihat menzahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi sebaris ayat.

“Bolehkah seseorang menghantar saya ke penjara selama setahun dan sebagai pertukaran, membayar saya RM50 juta, tolong cantik?,” tulisnya.

Dalam hantaran berasingan, Pua secara sinis turut menyindir bekas perdana menteri dan keputusan pengampunannya itu. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo