NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PETA pertikai kerajaan jadi ‘rejim’ bungkam suara rakyat

Zoo Amali (tengah) dalam sidang media selepas menghantar memorandum ke Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 14 Feb 2024. 



PUTRAJAYA
: Pertubuhan Pembela Tanah Air (PETA) mempertikaikan kepimpinan Kerajaan Madani yang dahulu memperjuangkan reformasi antaranya menjamin kebebasan bersuara, tetapi kini menyekat dengan pelbagai cara.

Sekretariat PETA, Zool Amali Hussin berkata, dulu mereka itu menggalakkan rakyat mempersoal, mempertikai dan mengkritik kerajaan supaya kerajaan boleh menjadi lebih baik, tetapi kini menjadi rejim yang membungkam suara rakyat. 

“Akaun-akaun media sosial dipadam ikut suka hati. Pelbagai undang-undang  drakonion law seperti akta hasutan terus diguna, malah suara rakyat didiamkan dengan tindakan menyalahguna proses mahkamah seperti tindakan saman dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghantar memorandum ke Jabatan Perdana Menteri, di sini petang semalam.

Menurutnya, menurut carian PETA, agensi kerajaan iaitu LAKSANA telah ditutup pada 1 Februari 2024 yang antara alasannya kerana telah diwujudkan satu lagi agensi dinamakan PADU iaitu punya peranan bertindih dengan LAKSANA. 

LAKSANA yang ditubuhkan pada Mac 2020 telah disertai kumpulan profesional anak Malaysia majoritinya bumiputera yang telah berhenti kerja di tempat masing-masing tampil membantu negara khususnya dalam mood perang Covid-19. 

“Mereka meninggalkan peluang kerjaya lebih baik. Lebih baik untuk berkhidmat demi negara. Namun atas alasan yang kabur, LAKSANA mungkin di atas nasihat penasihat dan konsultan yang dilantik dia tidak pasti dan perlu penjelasan. 

“Sebagai pampasan, kesemua yang terlibat di bawah LAKSANA dibayar tiga bulan gaji untuk mereka membina kerjaya semula di tempat lain. Adakah lantikan politik seperti Nurul Izzah, mendapat juga bayaran pampasan tiga bulan gaji menjadi persoalan kini selepas LAKSANA?” soalnya.

Beliau juga memohon agar rejim campuran ini tidak terlalu autokratik dan gelojoh dalam membungkam rakyat dengan saman ugutan perundangan dan sebagainya.  HARAKAHDAILY  15/2/2024








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo