NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perbetulkan keputusan kes Nik Elin dengan pinda Perlembagaan Persekutuan – Peguam



  • Keputusan kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashidwajar diperbetulkan menerusi pindaan Jadual  Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri), item satu Perlembagaan Persekutuan, iaitu dengan mengeluarkan klausa pengecualian dalam gubalan Undang-Undang Syariah negeri, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.
  • Haniff berkata jika pindaan itu dilakukan maka mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menggubal Undang-Undang Syariah walaupun ia bertindan undang-undang Sivil.
  • Ini kerana pindaan itu akan membenarkan Muslim yang membuat kesalahan tertakluk kepada mangsa jika orang Islam dibawa ke Mahkamah Syariah, dan jika mangsanya atau pelakunya bukan Islam maka ia tertakluk Undang-Undang Jenayah Sivil yang biasa. 
  • “Ini adalah tanggungjawab ahli politik dewan rakyat lakukan, bukan pihak lain, bukan mahkamah, bukan peguam, bukan rakyat biasa. Jadi kita berhentikan menjadikan isu ini satu drama kerana rakyat tidak berhak ditipu atau diseleweng dengan auta yang bukan fakta,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Jumaat lalu.
  • Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu, mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat, adalah terbatal dan tidak sah.
  • Tengku Maimun dalam penghakimannya dilaporkan berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

KUALA LUMPUR — Keputusan kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid wajar diperbetulkan menerusi pindaan Jadual  Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri), item satu Perlembagaan Persekutuan, iaitu dengan mengeluarkan klausa pengecualian dalam gubalan Undang-Undang Syariah negeri, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.

Haniff berkata jika pindaan itu dilakukan maka mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menggubal Undang-Undang Syariah walaupun ia bertindan undang-undang Sivil.

Ini kerana pindaan itu akan membenarkan Muslim yang membuat kesalahan tertakluk kepada mangsa jika orang Islam dibawa ke Mahkamah Syariah, dan jika mangsanya atau pelakunya bukan Islam maka ia tertakluk Undang-Undang Jenayah Sivil yang biasa. 

“Justeru sepatutnya kesemua kerajaan tersebut (perdana menteri dari 2021 hingga kini) apatah lagi kerajaan yang wujud sekarang jika mereka mengatakan dua per tiga sokongan majoriti di Parlimen boleh pada bila-bila masa membawa pindaan ini ke Parlimen seawal persidangan mesyuarat mulai 26 Februari akan datang.

“Ia bagi membentangkan RUU pindaan Perlembagaan berkaitan Jadual 9 Senarai 2 Item 1 untuk menyahsenaraikan klausa pengecualian tersebut,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Jumaat lalu.

Haniff berkata cadangan pindaan itu telah dibuat sejak 18 Mac 2021, bagaimanapun pemimpin politik daripada kerajaan Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin (2020-2021), Datuk Seri Ismail Sabri (2021-2022) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (2022-kini) gagal membawanya ke Parlimen dengan segera.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat, adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel itu dilaporkan sebagai berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Mengulas lanjut, Haniff berkata adalah salah bagi mana-mana pemimpin politik untuk menunding jari kepada mahkamah ke atas keputusan kes Nik Elin ataupun Iki Putra kerana mahkamah hanya boleh memberi tafsiran dan takrifan kepada undang-undang bertulis sama ada Perlembagaan mahupun undang-undang biasa ataupun enakmen-enakmen negeri. 

“Untuk memartabatkan kuasa gubalan undang-undang dewan negeri ianya adalah tanggungjawab dewan rakyat dan dewan negara, Parlimen untuk meminda undang-undang tertinggi Malaysia. 

“Oleh itu, saya syorkan semua pihak mengambil keputusan ini dengan objektif, dengan hati terbuka dan jalankan tanggungjawab anda lebih-lebih lagi semua wakil rakyat beragama Islam tidak mengira parti mana sekali pun untuk menyokong dan menyegerakan pindaan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan supaya pindaan Perlembagaan itu dibawa ke Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Ia bagi membolehkannya disahkan dan dimajukan untuk tujuan penerimaan Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja serta dibentangkan segera di Parlimen.

“Ini adalah tanggungjawab ahli politik dewan rakyat lakukan, bukan pihak lain, bukan mahkamah, bukan peguam, bukan rakyat biasa. Jadi kita berhentikan menjadikan isu ini satu drama kerana rakyat tidak berhak ditipu atau diseleweng dengan auta yang bukan fakta. 

“Faktanya adalah perlembagaan perlu dipinda, Jadual 9 Senarai 2 item 1 seperti yang dinyatakan tadi,” katanya. — The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo