NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penunggang GrabFood serah memorandum kepada kerajaan




PUTRAJAYA
: Penyerahan memorandum kepada kerajaan sebagai tanda protes penunggang-penunggang GrabFood terhadap penindasan oleh syarikat Grab Malaysia telah dilaksanakan pada hari ini.

Memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan di Bangunan Pentadbiran Persekutuan, di sini, pada hari ini, adalah bagi mengemukakan tuntutan berkenaan hak-hak penunggang GrabFood terhadap isu penurunan kadar asas perkhidmatan mereka.

Ia adalah susulan daripada protes Kempen Grab Blackout yang diadakan di Ibu Pejabat Grab Malaysia di Axis Business Campus, Petaling Jaya, pada 19 Januari lalu.

Terdahulu, mereka mempertikaikan tindakan Grab Malaysia menurunkan kadar asas perkhidmatan penunggang GrabFood bermula 16 Januari lalu tanpa memaklumkan kadar asas baharu dengan lebih awal dari tarikh bermulanya.

Menurut mereka, penurunan kadar asas itu telah diganti dengan insentif dan bonus mingguan, namun hanya akan diperolehi sekiranya penghantar mencapai syarat ditetapkan oleh Grab Malaysia.

Antara kandungan memorandum itu berbunyi; “Kami tidak lagi mempercayai insentif dan bonus mingguan ini kerana bagi kami, ia adalah sekadar bersifat sementara dan akan berubah seperti sebelum-sebelum ini.

“Kami menyatakan ketidakpuasan hati terhadap skim baharu ini dan telah memberi masa selama lima hari kepada Grab Malaysia mengkaji dan mengembalikan semula kadar asas yang lama.

“Bagaimanapun, kami telah menerima maklum balas bahawa Grab Malaysia meneruskan kadar asas yang baharu serta insentif dan bonus mingguan akan dibayar secara dua kali bayaran.”

Bagaimanapun, penunggang GrabFood di seluruh negara dikatakan sepakat tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan memohon campur tangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membantu.

Menurut mereka, perkara tersebut telah menyebabkan pendapatan penunggang  GrabFood terjejas dan menuntut Grab Malaysia mengembalikan kadar asas upah sebagaimana asal serta menambahbaik kaedah pembayaran.

Turut disentuh ialah  isu lambakan penghantar, yang mana Grab Malaysia dituntut untuk tidak membuat iklan dan pengambilan baharu, selain menuntut untuk kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan membela nasib mereka.  HARAKAHDAILY  16/2/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo