NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengampunan separa Najib jadi agenda mesyuarat khas MKT UMNO



KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memanggil mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi pada saat akhir, malam semalam.

Mesyuarat tergempar itu dipercayai bagi membincangkan tentang keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, semalam.

MalaysiaGazette difahamkan, mesyuarat MKT UMNO memberi fokus kepada hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Lembaga Pengampunan antara lain mengumumkan denda yang perlu dibayar oleh Najib dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta, manakala tarikh pembebasannya pada 23 Ogos 2028.

Terdahulu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani tiba di Menara Dato Onn kira-kira jam 10.34 pagi tadi.

Antara pimpinan lain yang hadir ialah Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Mohd Razlan Rafizi dan Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed.

Turut hadir Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Shabery Cheek, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. – MalaysiaGazette


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo