NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengampunan Najib: Rakyat mahu tahu pendirian Anwar



SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, laporan media Singapura mengenai perkara itu menghampakan jutaan rakyat Malaysia yang nekad untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dipimpin Najib pada 2018 akibat daripada penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan.

Menurutnya, rakyat ingin tahu pendirian kerajaan Anwar Ibrahim dalam isu tersebut dan berhak mempersoal perkara-perkara berkaitan pengampunan tersebut.

"Selama perbicaraan berjalan, tiada langsung kedengaran pengakuan daripada Najib bahawa beliau bersalah dan menginsafi akan kesalahan yang telah dilakukannya, jauh sekali memohon maaf kepada seluruh Rakyat Malaysia.

"Rakyat terpaksa menanggung beban daripada jenayah Najib menyeleweng dana awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mukhriz menambah, dunia akan mengetawakan sistem perundangan Malaysia sekiranya khabar angin terbaharu bahawa hukuman penjara keatas Najib akan diringankan lagi kepada tahanan di rumah adalah benar.

Beliau turut mempersoalkan janji Anwar untuk memerangi rasuah sambil mengaitkan siasatan terbaharu ke atas pemimpin politik lama

"Adakah dengan melancarkan siasatan baru ke atas pemimpin-pemimpin politik lama yang dianggap musuhnya, sambil melepaskan pemimpin yang sudah dijatuh hukum oleh mahkamah? Tidakkah ini hipokrasi namanya?

"Tidakkah ini akan melihatkan bahawa tindakan Anwar itu semua didorong kepentingan politik semata-mata bila diambil kira bahawa sebahagian daripada Kerajaan Madani terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen BN?

"Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik Timbalan Perdana Menteri, dan siasatan dan perbicaraan ke atasnya digugurkan," katanya.


Sumber | Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo