NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengampunan Najib: MUDA desak Anwar nyatakan pendirian kerajaan



KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendesak kerajaan menyatakan pendirian mengenai hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipendekkan oleh Lembaga Pengampunan.

MUDA berkata, tindakan untuk memendekkan hukuman Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun perlu dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mungkin ianya satu kebetulan bahawa proses dan waktu pemberian pengampunan ke atas Datuk Seri Najib Razak mimik kepada garis masa pemberian DNAA kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di mana ianya diberikan sewaktu proses peralihan,” kata parti itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Lembaga Pengampunan hari ini memendekkan hukuman penjara terhadap Najib kepada enam tahun dan tarikh beliau dibebaskan adalah pada 23 Ogos 2028.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu turut mengurangkan denda kepada RM50 juta.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berkata, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Sementara itu, MUDA berkata, keputusan yang dibuat Lembaga Pengampunan tersebut adalah satu keputusan berat sebelah.

Katanya, keputusan itu akan memberi kesan mendalam menjangkau politik kepartian.

“Ianya bakal memberi kesan yang besar terhadap imej Malaysia di mata dunia, termasuk reputasi kita dari sudut ekonomi serta perundangan.

“Namun yang lebih merisaukan ialah soal jati diri dan prinsip kenegaraan kita, ia memberi bayangan seolah-olah, mereka yang kaya, yang ada pengaruh dan kuasa politik, mendapat keistimewaan dan jalan mudah,” katanya.

Justeru itu, parti tersebut mendesak agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa agar dipecat.

MUDA beralasan Zaliha gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil kerajaan yang mempunyai peranan untuk menasihatkan lembaga pengampunan.

“Jelas beliau telah gagal dalam tugas beliau. Sekiranya beliau mempunyai maruah dan pendirian, beliau harus mengambil tanggungjawab ke atas keputusan ini.

“Wajib untuk beliau menyatakan akan pendirian dan rasional Lembaga Pengampunan atas pemberian keistimewaan ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo