NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penentangan bersenjata rakyat Palestin adalah sah, bukan tindakan keganasan – China



  • China menyokong hak rakyat Palestin menggunakan penentangan bersenjata untuk memerangi pendudukan Israel di tanah mereka, lapor MEE.
  • China menyebut perkara itu sebagai “hak yang tidak dapat diabaikan, jelas termaktub dalam undang-undang antarabangsa”.
  • Komen demikian dibuat pada Khamis oleh  Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun semasa perbicaraan awam hari keempat yang diadakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.
  • Utusan dari Beijing itu berkata penentangan bersenjata rakyat Palestin adalah sah dari segi undang-undang dan bukan satu tindakan keganasan.
  • Wakil 52 negara sedang berucap kepada ICJ berkenaan pendudukan Israel selama beberapa dekad di bumi Palestin.

China menyokong hak rakyat Palestin menggunakan penentangan bersenjata untuk memerangi pendudukan Israel di tanah mereka, lapor MEE.

China menyebut perkara itu sebagai “hak yang tidak dapat diabaikan, jelas termaktub dalam undang-undang antarabangsa.”

Komen demikian dibuat pada Khamis oleh  Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun semasa perbicaraan awam hari keempat yang diadakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Wakil 52 negara sedang berucap kepada ICJ berkenaan pendudukan Israel selama beberapa dekad di bumi Palestin.

Utusan Beijing itu berkata beberapa individu yang bertindak membebaskan diri mereka daripada cengkaman pemerintahan penjajah didapati boleh menggunakan “semua cara yang ada, termasuk melibatkan perjuangan bersenjata”.

Jun berkata penentangan bersenjata warga Palestin adalah sah dari segi undang-undang dan bukan satu tindakan keganasan.

“Perjuangan yang dilancarkan rakyatnya untuk pembebasan, hak untuk menentukan nasib mereka sendiri, termasuk perjuangan bersenjata menentang penjajahan, pendudukan, pencerobohan, penguasaan melawan kuasa asing tidak boleh dianggap sebagai tindakan keganasan,” kata Zhang Jun kepada ICJ semalam.

Dalam ucapannya, Jun mengkritik dasar Israel dengan menyifatkannya sebagai “penindasan yang menjejaskan dengan teruk dan menghalang usaha dan pelaksanaan penuh hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri”.

Perbicaraan awam ICJ yang akan berlangsung sehingga 26 Februari berlaku setelah satu resolusi Perhimpunan Agung PBB meminta khidmat nasihat ICJ.

Bilangan negeri yang terlibat dalam prosiding lisan kali ini merupakan yang tertinggi berbanding dengan apa sahaja kes sejak tertubuhnya ICJ pada 1945 dan ia berasingan daripada kes pembunuhan beramai-ramai yang dibawakan Afrika Selatan sebelum ini. — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo