NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk tetap EU, UK dan AS boleh tunai umrah tanpa visa sebelum ketibaan – Arab Saudi



  • Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata penduduk tetap (PR) Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) boleh menunaikan umrah tanpa mendapatkan visa sebelum berlepas ke negara itu.
  • Menurut kementerian itu, langkah tersebut bertujuan memudahkan proses umrah, memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi, menambah pengalaman budaya dan agama jemaah selaras dengan Wawasan 2030 Arab Saudi, lapor Gulf News pada Isnin.
  • Kementerian itu menekankan jemaah umrah yang layak kini boleh menjadualkan perjalanan mereka melalui aplikasi Nusk atau boleh terus memilih menunaikan umrah secara terus sewaktu ketibaan.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata penduduk tetap (PR) Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) boleh menunaikan umrah tanpa mendapatkan visa sebelum berlepas ke negara itu.

Menurut kementerian itu, langkah tersebut bertujuan memudahkan proses umrah, memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi, menambah pengalaman budaya dan agama jemaah selaras dengan Wawasan 2030 Arab Saudi, lapor Gulf News pada Isnin.

Kementerian itu menekankan jemaah umrah yang layak kini boleh menjadualkan perjalanan mereka melalui aplikasi Nusk atau boleh terus memilih menunaikan umrah secara terus sewaktu ketibaan.

Kerajaan Arab Saudi juga memperluaskan kemudahan supaya penduduk wilayah tersenarai boleh memasukkan pilihan visa-semasa-ketibaan, memilih sama ada mereka berhasrat mengerjakan umrah atau lawatan atas tujuan pelancongan, juga terpakai kepada saudara-mara tahap pertama pemegang visa itu.

Selain itu, pilihan untuk menunaikan umrah juga boleh dibuat menggunakan visa transit dengan syarat perjalanannya mesti menggunakan Saudi Airlines, meningkatkan potensi umat Islam antarabangsa untuk mengerjakan ibadat penting itu.

Umrah yang sering dirujuk sebagai “haji kecil” berbeza dengan Haji kerana ia antara ritual penting agama Islam yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. 

Tidak seperti Haji yang mempunyai tarikh-tarikh tertentu mengikut kalendar bulan Islam, umrah merupakan penunaian haji kecil di Mekah, yang boleh dilakukan umat Islam untuk ganjaran rohani dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo