BANDARAYA GAZA - Demi kelangsungan hidup, Abu Muhammad Hassan, seorang warga emas Palestin, terpaksa menghadapi kesukaran dan ancaman bahaya untuk mencari kayu api dari bawah runtuhan rumah yang musnah akibat serangan tentera peceroboh Israel di Semenanjung Gaza.
Ketika keluar mencari kayu api warga emas itu sering ditemani cucu perempuannya yang berusia 7 tahun, Maryam.
"Saya keluar setiap pagi untuk mengutip kayu kerana kami tidak mempunyai bahan api atau gas untuk memanaskan atau menyediakan makanan. Keadaan di sini sangat sukar,” kata Hassan kepada Agensi Anadolu.
Penduduk di wilayah itu, terpaksa meluangkan masa yang lama setiap hari untuk mengumpul kayu dan kadbod untuk dijadikan sebagai bahan api bagi menyediakan makanan, memanaskan air dan kegunaan harian yang lain.
"Beginilah penderitaan yang terpaksa kami lalui di utara Gaza? Kami mengutip kayu api dari merata tempat malah dari tempat yang musnah dan berbahaya,” kata Hassan.
Sejak Israel melancarkan perang kejamnya di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober penduduk wilayah menderita kekurangan bahan api dan gas memasak.
"Tiada gas, tiada air, tiada tepung gandum, malah beras sebagai pengganti tepung tidak wujud," kata warga emas itu.
"Kami tidak menerima sebarang bantuan di sini, di utara Semenanjung Gaza," katanya.
Sebelum perang, hanya beberapa keluarga sahaja membeli kayu api pada musim sejuk. Bagaimanapun, untuk kelangsungan hidup memaksa semua rakyat Palestin kembali menjalani kehidupan 'primitif'. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment