Hasbie Muda berkata Hadi Awang sewajarnya faham keputusan hakim adalah berpandukan Perlembagaan Persekutuan. |
PETALING JAYA: Pemuda Amanah membidas kenyataan terbaru Presiden PAS Hadi Awang berhubung kemunculan sesetengah hakim yang didakwanya mempunyai “kepala dan akal yang dipengaruhi pemikiran penjajah”.
Ketuanya, Hasbie Muda, berkata kenyataan Hadi itu disifatkan berbaur penghinaan kepada institusi kehakiman dan Perlembagaan Persekutuan.
“Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, Hadi sebagai seorang ahli parlimen yang cukup lama sewajarnya faham keputusan hakim adalah berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
“Tulisan Hadi ‘Namun demikian, kini muncul kalangan hakim yang ‘bijaksini’ (bukan bijaksana) yang kepala dan akalnya dipengaruhi oleh tulisan warisan penjajah’ adalah satu bentuk penghinaan yang amat jelas terhadap institusi kehakiman dan Perlembagaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Hadi dalam kenyataannya tidak menamakan sesiapa namun menggelarkan kumpulan hakim berkenaan sebagai “bijaksini” atau bukan bijaksana.
Kenyataan Hadi menyusul keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang memihak petisyen difailkan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid untuk membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dengan alasan bercanggah Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Hasbie berkata Hadi yang sebenarnya gagal kerana pernah menjadi sebahagian dari kerajaan namun tidak ada usaha untuk meminda Perlembagaan.
Katanya, ini sekaligus mencerminkan dirinya bersikap sambil lewa dalam menjalankan peranan sebagai seorang ahli legislatif.
“Tindakan yang sepatutnya diambil adalah melalui proses pindaan Perlembagaan, bukan mengeluarkan kenyataan yang merendahkan martabat institusi kehakiman,” katanya.
Tambahnya, Hadi sepatutnya mengikuti saranan pemuda dalam kes Iki Putra semasa menjadi kerajaan sebelum ini yang menyeru rakyat untuk menerima keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment