NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemecatan Ammar: MOTAC digesa beri penjelasan rasional




KUALA LUMPUR
: Pihak kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) digesa mengeluarkan penjelasan rasional berhubung isu pemecatan Ketua Pengarah Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden berkata demikian, susulan tindakan yang dilakukan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing pada 22 Februari lalu yang telah mengeluarkan notis penamatan pelantikan jawatan Ammar itu. 

“Datuk Tiong menyatakan tindakan itu dibuat kerana kemerosotan prestasi Ammar, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan tidak mencapai standard ditetapkan,” katanya.

Menurut Afnan, justifikasi yang diberikan oleh Datuk Tiong ini seakan-akan bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh MOTAC sebelum ini. 

“Rakyat memerhatikan dengan penuh gusar terhadap tindakan terkini yang dilakukan oleh MOTAC. 

“Pelbagai isu tular yang berlaku sebelum ini kerana tindak-tanduk menteri tersebut juga telah menambahkan lagi kegusaran rakyat terhadap ketidakmampuan pentadbiran oleh menteri semasa,” jelasnya lagi. 

Antaranya, ujar Afnan, pada 1 Jun 2023, MOTAC telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Malaysia kekal menjadi destinasi unggul bagi pelancong Muslim. 

“Malaysia juga telah merangkul anugerah Destinasi Mesra-Muslim Terbaik (OIC) dan Destinasi Mesra-Wanita Muslim Terbaik oleh CrescentRating dan Mastercard semasa Majlis Halal in Travel Awards yang berlangsung di Singapura,” kongsi beliau.

Afnan turut berkata, 11 Februari lalu, setiausaha MOTAC juga telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan sebanyak 10.8 peratus bersamaan 15,623 orang berbanding 14,096 jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023  berbanding 2019. 

“Hal ini merupakan satu perkembangan yang baik buat industri pelancongan negara,” katanya. 

Namun demikian, tambah beliau, hal ini turut dipersoalkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia dan Kesatuan Pekerja Tourism Malaysia. 

“Isu ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja tanpa dilakukan siasatan dan penerangan yang adil. Maka, satu penjelasan yang rasional atas tindakan yang dibuat oleh MOTAC turut dituntut memandangkan mantan Ketua Pengarah merupakan seorang yang berpengalaman dan merupakan aset kepada industri pelancongan.

“Sektor pelancongan negara wajar diperkasakan dengan lebih baik dalam usaha membaik pulih ekonomi negara. Hal ini termasuklah dari segi pelantikan individu-individu yang kompeten dalam pengurusan sektor pelancongan negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/2/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo