Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, PBT juga dikehendaki membangunkan minimum tiga lokasi menarik bagi menarik lebih ramai pelancong.
Katanya, Yang Dipertua Majlis (YDP) Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI), Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus ketika berkhidmat di Kuala Krai berjaya menyiapkan pembinaan Mini Zoo Kuala Krai.
Selain itu Krai Water Park, Lata Berangin, Dataran Bradley, Taman Masjid Bandar, Tasik Krai dan Kuala Krai sebagai daerah ekopelancongan Kelantan.
“Kejayaan yang sama juga akan dibuktikan beliau bagi membangunkan Ketereh sebagai sebuah Perbandaran Islam yang bakal menjadi destinasi utama pelancong yang melawat Kelantan,” katanya di sini semalam.
Menurutnya juga YDP Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam merancang membina sebuah taman awam di bandar Ketereh.
Kata beliau taman tersebut akan dibina chalet, taman tema air, trek joging, taman rekreasi, zoo haiwan peliharaan (petting zoo) dan pulau buatan sebagai tarikan pelancongan.
“Taman awam itu juga berkonsep rekreasi keluarga bagi pengunjung yang datang ke bandar Ketereh,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 29/2/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment