NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Pak Long’ sambung PhD di UUM



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyabung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam pengumuman yang dibuat di media sosial, Ahli Parlimen Bera itu yang berkongsi kad pelajar yang diperolehi tidak memaklumkan pengkhususan yang ambil.

Ismail Sabri turut meluahkan beliau tidak menyangka bahawa masih berkemampuan untuk melanjutkan pengajian walaupun sudah berusia 64 tahun.

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi hari ini saya jadi pelajar.

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” katanya.

Perkongsian ringkas yang mendapat lebih 10,000 reaksi tersebut mengundang pelbagai komen daripada pengikut Facebook Ismail Sabri.

Rata-rata mengucapkan tahiah kepada bekas Perdana Menteri ke-9 itu dan mendoakan dipermudahkan segala urusan ketika menyambung pelajaran.

“Tahniah YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ini menjadikan kami bersemangat jugak untuk berjuang sambung belajar. Jangan ponteng kelas ye tok,” komen Lola Born Zhye.

“Alhamdulillah dan selamat maju jaya Datuk Seri. Semoga dipermudahkan urusan pengajian PHD. Ambik mode tesis ke?” tanya Azizul Rahman.

“Tahniah kepada Datuk Seri kerana berusaha melakukan pengajian sepanjang hayat. Moga proses pembelajaran Doktor Falsafah ini dipermudahkanNya,” doa Mohd. Mahadzir Mohammud.

Classmate saya di UUM dulu seorang pesara berumur lebih 60 tahun. Beliau berjaya tamatkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda. Tahniah Dato Seri,” kata Nor Azam Jaafar.-MalaysiaGazette


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo