NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

OpenAI perkenal model AI ubah teks jadi video

OpenAI kini mengumumkan perisian terbaharu, Sora. (FOTO: Reuters).



WASHINGTON, Amerika Syarikat
: OpenAI dengan disokong Microsoft sedang mengusahakan perisian yang boleh menghasilkan video berdurasi beberapa minit berdasarkan sokongan teks.

Microsoft dalam kenyataannya pada Khamis (15 Feb) berkata, perisian dikenali sebagai Sora itu kini tersedia untuk ‘red teaming’ (‘pasukan merah’) yang membantu mengenal pasti kelemahan dalam sistem AI.

Penghasilan perisian terkemuka dunia itu membayangkan manfaat tersebut boleh digunakan oleh artis visual, pereka dan pembuat filem untuk mendapatkan suapan kembali pada model itu.

“Sora mampu menjana adegan (video) kompleks dengan berbilang watak, jenis gerakan tertentu, dan butiran tepat subjek dan latar belakang,” ujar kenyataan itu dan yakin perisian tersebut boleh mencipta berbilang tangkapan dalam sesebuah video, lapor Reuters.

Tambah kenyataan itu dalam catatan blog, selain menjana video daripada sokongan teks, Sora juga boleh menghidupkan imej pegun dengan OpenAI turut sedang membangunkan alat yang boleh membezakan kemungkinan video dihasilkan oleh Sora.

Perisian penjanaan video berkenaan adalah susulan chatbot ChatGPT OpenAI, yang diperkenalkan pada akhir 2022 dan mencipta senario kejutan dalam kalangan generasi kecerdasan pintar (GenAI) melalui keupayaannya mengarang e-mel, serta menulis kod dan puisi.

Sementara itu gergasi platform media, Meta pada tahun lepas lagi telah meningkatkan model penjanaan imejnya, Emu untuk menambah dua ciri berasaskan AI yang boleh menyunting dan menjana video daripada gesaan teks. 

Syarikat induk Facebook itu juga sedang mencari peluang untuk bersaing dengan Microsoft, Google Alphabet dan Amazon dalam sektor AI generatif yang sentiasa berubah dengan pantas. – HARAKAHDAILY 16/2/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo