PETALING JAYA: Notis pemakluman berkenaan penganjuran himpunan #Reformasi100% tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman (APA), menurut polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata notis bersama dokumen tertentu harus diberi lima hari sebelum berhimpun.
“Notis itu lima hari sebelum bersama dokumen-dokumen yang tertentu,” katanya kepada FMT.
Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz, menghantar notis pemakluman kepada polis petang tadi. Himpunan tersebut dijadualkan berlangsung pagi esok.
Perhimpunan itu akan bermula di Tugu Negara dan peserta akan berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum.
Faisal sebelum ini berkata, himpunan itu diadakan antaranya bagi menuntut reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat dalam pemilihan pengerusi badan tersebut.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment