PEKAN – Datuk Mohd Nizar Najib tidak akan berputus asa memperjuangkan nasib ayahnya dan yakin UMNO akan membuat rayuan mendapatkan pengampunan penuh untuk bekas Perdana menteri itu.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Pahang yang kecewa dengan sindiran Bekas Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, beliau dan adik beradiknya akan meneruskan agenda itu.
”Saya rasa parti UMNO akan buat rayuan, melalui presiden dan kita semua akan ikhtiarkan. Parti UMNO akan guna saluran yang ada,” katanya ketika ditemui Malaysiagazette.
Pada Jumaat, pemimpin DAP, Tony Pua memuat naik hantaran Facebook miliknya dengan nada sinis menyatakadan tidak berpuas hati terhadap Najib yang mendapat pengurangan hukuman penjara dan denda daripada Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada Jumaat lalu.
Hukuman penjara Najib dikurangkan menjadi enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Bagaimanapun sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib ditambah selama setahun yang mana tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.
Menurut Nizar, mereka sekeluarga telah diasuh oleh diasuh oleh Najib supaya sentiasa tabah dan tidak cepat melatah dalam menghadapi dugaan.
Tambahnya, beliau dan adik-beradiknya tidak akan putus berdoa dan berikhtiar begi membebaskan bapa mereka. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment