NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nilai ringgit terus jatuh, rakyat semakin tertekan




KUALA LUMPUR: Ringgit yang merekodkan penurunan berterusan boleh memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan keadaan semakin teruk sudah tentu akan memberi kesan sangat besar kepada kehidupan rakyat. 

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menyuarakan kebimbangan situasi lebih buruk dari dasar baru kerajaan dengan kenaikan cukai, pemotongan subsidi dan banyak perkara yang menjejaskan pendapatan rakyat. 

Ditambah lagi kata beliau, dengan keadaan pengangguran yang masih tinggi khususnya dalam kalangan siswazah di mana juga masih belum dapat diselesaikan oleh kerajaan memerintah pada hari ini. 

“Nilai mata wang Malaysia yang semakin turun itu menjadi tekanan rakyat pada tahun 2024. Kita akan menyambut Ramadan, Hari Raya dan Raya Haji. Kita mendengar keluhan rakyat di seluruh pelusuk negara betapa kos barangan keperluan harian semakin mahal,” katanya. 

Pengerusi Lajnah Pembangunan Insan, Kerukunan Rumahtangga PAS Pusat itu berkata, kos perubatan juga akan naik dan ini satu beban yang sangat menekan kehidupan rakyat kebanyakan termasuk akses kesihatan.

“Kita mengharapkan kerajaan hari ini dapat melihat isu ini dengan lebih serius. Ini satu perkara yang sangat membimbangkan. Sebab itu kita mengharapkan setiap keluarga perlu mengatur kehidupan keluarga supaya lebih berjimat cermat. 

“Yang utama diutamakan, antaranya pendidikan anak-anak, keselamatan dan kesihatan mereka,” katanya.

Nilai Ringgit Malaysia (RM) jatuh kepada 4.728 berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) yang merupakan paras terendah dalam 26 tahun menjadi bukti terbaru kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 15/2/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo