KUALA LUMPUR – Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menegaskan tidak wajar tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikategorikan sebagai “pengganas” oleh FBI.
Ia jauh daripada realiti yang berlaku di lapangan, kata Ketua DUPP, Ahmad Yahaya.
“Beberapa hari lalu, tular suatu surat daripada Wisma Putra yang menghalang tiga NGO berkenaan menyertai Ops Ihsan kerana diklasifikasi sebagai “pengganas” melalui Terrorist Screening Centre (TSC) di bawah kelolaan FBI.
“Walaupun memahami tiada kompromi dalam aspek keselamatan negara namun kita juga harus berhati-hati dengan sebarang dakwaan yang dibuat organisasi antarabangsa khususnya berkait dengan kategori pengganas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Salah satu NGO yang disabitkan sebagai pengganas adalah NGO Persatuan Cinta Syria Malaysia yang ditadbir oleh Ustaz Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman.
Beliau merupakan adik kepada aktivis Ustaz Nadir Al-Nuri yang merupakan pemimpin utama NGO Cinta Gaza Malaysia selain MyAqsa Defenders.
“Kalau diikutkan klasifikasi pengganas, pertubuhan HAMAS sendiri turut diletakkan sebagai organisasi pengganas antarabangsa (FTOs) oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
“Apakah kewajaran kumpulan yang mempertahankan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang diseksa selama tujuh dekad ini dianggap sebagai pengganas?” soalnya.
Oleh yang demikian, DUPP, katanya, mengharapkan Wisma Putra dapat melakukan sesuatu untuk menangani polemik sebegini.
“Ia sangat penting bagi membersihkan kumpulan NGO di Malaysia yang sentiasa konsisten membantu rakyat Palestin. Bahkan ia juga penting bagi mempertahankan imej Malaysia daripada tohmahan terlibat dengan aktiviti keganasan,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment