NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nga Kor Ming ibarat baling batu sembunyi tangan




KUALA LUMPUR
:Tindakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang diibaratkan membaling batu sembunyi tangan dan gagal memahami asas, dasar negara adalah amat memalukan.

Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hanif Jamaluddin berkata, selepas orang-orang Melayu, NGO, parti politik dan rakan komponen parti membuat beberapa siri bidasan, akhirnya Kor Ming meminta semua ‘move on’ (mengambil pendekatan melupakan) daripada cadangannya.

Terdahulu, Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Namun beliau kemudian dilaporkan berkata agar  isu tersebut tidak perlu dipanjangkan dan meminta pemfokusan diberikan kepada agenda lain yang lebih memberi faedah kepada rakyat  yang menurutnya, ‘cerita itu pun sudah tutup, tidak ada isu pun sebenarnya, jadi eloklah kita ‘move on’.

Sehubungan itu, Hanif menempelak Kor Ming, setelah menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti rakyat bumiputera, kemudian mudah-mudahnya diajak ‘’move on’ tanpa rasa bersalah. 

“Malah, disalahkan pula orang lain yang tidak memahami konteks sebenar cadangan beliau dan mendakwa kata-katanya sengaja dimanipulasi kepada maksud lain. Beginikah sikap seorang Menteri kerajaan Madani?,” tegas Hanif dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambahnya, Kor Ming harus sedar asas mengapa ramai pihak membidas cadangan beliau, iaitu berfaktorkan fakta sejarah kampung tersebut yang tidak signifikan untuk diangkat sebagai warisan kebudayaan Malaysia.

“Sekiranya Nga Kor Ming masih belum memahami fakta ini, silalah penuhi jemputan Ketua Pemuda Umno yang bersedia untuk mengajar sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia kepada anda.

“Namun, sekiranya YB Menteri memang sudah memahami, makna kata ada agenda lain yang sedang digerakkan dengan ‘menunggang’ kuasa yang ada. Hanya YB Menteri sahaja yang mengetahui mana satu kenyataannya,” katanya.  HARAKAHDAILY  15/2/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo