NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nasib penjawat awam di bawah Kerajaan Madani




KUALA LUMPUR: 
Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden, mempersoalkan nasib penjawat awam dan pesara di bawah kerajaan Madani.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan keratan akhbar tempatan yang memaparkan keistimewaan penjawat awam dan pesara terutamanya bangsa Melayu seolah-olah ditindas.

“Kedudukan para penjawat awam di era Kerajaan Madani termasuklah penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak, bukan lagi lantikan tetap; dan penjawat awam dimansuhkan pencen untuk lantikan baharu.

“Seterusnya, isu Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar dipecat atau diturunkan pangkat jika tidak sebulu dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Portal perubatan Codeblue telah menerbitkan surat pembaca yang juga pesara kerajaan mendakwa, kerajaan kini tidak menanggung kos rawatan mereka di Institut Jantung Negara (IJN).

“Terkini, isu penjawat awam dan pesara discaj daripada senarai pesakit di Institut Jantung Negara (IJN). Kini, penjawat awam dan pesara sudah tiada keistimewaan lagi seperti sebelum ini.

“Kenapa penjawat awam diperlakukan sebegini? Adakah kerana mereka memihak kepada PN dalam pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini?

“Adakah ini satu ‘hukuman’ untuk mereka (penjawat awam dan pesara)?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar. – HARAKAHDAILY 27/2/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo