NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin yang uar-uar potensi Samsuri, bekas pegawai jawab laporan ‘hubungan dingin’

Marzuki Mohamad berkata Muhyiddin Yassin yang mula-mula sekali cakap Samsuri Mokhtar berpotensi jadi perdana menteri.


PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin yang menguar-uarkan potensi Ahli Parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai perdana menteri apabila Perikatan Nasional bentuk kerajaan, kata bekas pegawai perdana menteri itu.

Bekas ketua setiausaha sulit, Marzuki Mohamad, berkata presiden Bersatu itu yang mula-mula sekali cakap Samsuri berpotensi jadi perdana menteri pada masa depan, semasa kempen PRK Parlimen Kemaman tahun lepas.

“Kenyataan ini dilapor secara meluas oleh media,” katanya di Facebook, mengulas laporan FMT yang memetik sumber mengenai hubungan antara Muhyiddin dan Presiden PAS, Hadi Awang, yang dikatakan ‘dingin’.

“Janganlah cakap yang bukan-bukan kepada media semata-mata nak renggangkan hubungan akrab antara Bersatu dan PAS.”

Memetik sumber, FMT melaporkan hubungan dingin itu antara lain, berkait dengan kegagalan PAS menampilkan Naib Presiden Samsuri sebagai calon perdana menteri, selepas Muhyiddin tidak meneruskan hasrat berundur pada pemilihan parti tahun ini.

Menurut sumber, pusingan U Muhyiddin dilihat sebagai tekad Ahli Parlimen Pagoh itu untuk kekal menerajui PN dan seterusnya dilantik perdana menteri kali kedua jika gabungan itu memenangi PRU16.

Katanya lagi, Muhyiddin dan Hadi lama tidak kelihatan bersama di mana-mana majlis selepas perasmian muktamar PAS pada Oktober lalu, manakala sumber lain memaklumkan Hadi “sudah lama” tidak lagi hadir ke mesyuarat pimpinan Perikatan Nasional.

Menurut Marzuki, hanya satu mesyuarat PN diadakan selepas muktamar PAS.

“Hadi tak hadir kerana sedang menjalani rawatan. Tetapi sebelum itu pun Muhyiddin ada berjumpa pimpinan kanan PAS termasuk Hadi,” katanya.

Beliau menambah Muhyiddin juga turun berkempen untuk Samsuri menjelang pilihan raya.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo