NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mufti Pulau Pinang gesa podcast promosi zina, sundal dikenakan tindakan



  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berasa kesal dengan tindakan sebuah laman web penstriman yang menjemput ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast.
  • Wan Salim berkata tindakan itu amat mengecewakan malah ia boleh dianggap sebagai usaha mempromosikan dan menormalisasikan aktiviti persundalan.
  • “Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan laman web penstriman terbabit yang menganjurkan sesi bual bicara dengan seorang lelaki yang sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan video lucah menerusi aplikasi.
  • Mufti Pulau Pinang berkata kerajaan sepatutnya memandang serius perbuatan berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok yang mempromosikan kemungkaran tersebut kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat.

KUALA LUMPUR — Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berasa kesal dengan tindakan sebuah laman web penstriman yang menjemput ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast.

Wan Salim berkata tindakan itu amat mengecewakan malah ia boleh dianggap sebagai usaha mempromosikan dan menormalisasikan aktiviti persundalan.

“Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan laman web penstriman terbabit yang menganjurkan sesi bual bicara dengan seorang lelaki yang sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan video lucah menerusi aplikasi X.

Tindakan menjemput lelaki itu sebagai tetamu podcast mengundang pelbagai reaksi warganet yang menganggapnya tidak ubah umpama mempromosikan perlakuan zina.

Mengulas lanjut Mufti Pulau Pinang berkata kerajaan sepatutnya memandang serius perbuatan berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok yang mempromosikan kemungkaran tersebut kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat.

“Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada.

“Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini,” katanya. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo