NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohd Hanifah dilantik pengerusi PN N Sembilan

Adun Labu Mohamad Hanifah Abu Baker dilantik sebagai pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu bagi menggantikan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.


KUALA LUMPUR: Adun Labu Mohamad Hanifah Abu Baker dilantik sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan yang baharu.

Pelantikan berkuat kuasa 12 Feb itu diumumkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan, hari ini.

Hanifah menggantikan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang memegang jawatan tersebut sejak Jun tahun lepas.

“Majlis Tertinggi Perikatan Nasional mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Faizal atas sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang memikul amanah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Negeri Sembilan sebelum ini,” katanya.

Faizal sebelum ini dilantik sebagai pengerusi PN Negeri Sembilan berkuat kuasa 2 Jun tahun lalu menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith yang digugurkan daripada jawatan itu.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo