NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MKI, Fiqh Islami bincang isu status daging kultur bulan depan – Menteri Agama



  • Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan mengadakan satu mesyuarat khas  dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA) di Jeddah, Arab Saudi, bulan depan bagi membincangkan isu status daging kultur.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebelum ini MKI berbincang mengenai status daging kultur itu, namun perbincangan itu dilihat perlu diperhalusi dan diteliti di peringkat antarabangsa sebelum mengeluarkan keputusan.
  • Beliau berkata keputusan diumumkan MKI nanti juga akan menghimpunkan semua mufti di seluruh negara yang memiliki kepakaran dan ilmu dalam bidang masing-masing.
  • “Walaupun MKI dan IIFA akan mengadakan pertemuan dalam tempoh sebulan, tetapi sebarang keputusan mengenai status daging kultur itu akan diumumkan selepas mendapat perkenan daripada Majlis Raja Raja.
  • “Selain itu jika ada sebarang isu mengenai kemasukan daging kultur daripada luar negara, saya yakin agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui pada majlis Sambutan Jubli Emas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, hari ini.
  • Sebelum ini media melaporkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata fatwa mengenai hukum memakan daging kultur tidak perlu dikeluarkan secara terburu-buru sehingga diketahui secara jelas sumbernya.
  • Ia susulan kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mendapati bahawa daging kultur, secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan mengadakan satu mesyuarat khas  dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA) di Jeddah, Arab Saudi, bulan depan bagi membincangkan isu status daging kultur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebelum ini MKI berbincang mengenai status daging kultur itu, namun perbincangan itu dilihat perlu diperhalusi dan diteliti di peringkat antarabangsa sebelum mengeluarkan keputusan. 

Beliau berkata keputusan diumumkan MKI nanti juga akan menghimpunkan semua mufti di seluruh negara yang memiliki kepakaran dan ilmu dalam bidang masing-masing.

“Walaupun MKI dan IIFA akan mengadakan pertemuan dalam tempoh sebulan, tetapi sebarang keputusan mengenai status daging kultur itu akan diumumkan selepas mendapat perkenan daripada Majlis Raja Raja. 

“Selain itu jika ada sebarang isu mengenai kemasukan daging kultur daripada luar negara, saya yakin agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dipetik Berita Harianketika ditemui pada majlis Sambutan Jubli Emas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata fatwa mengenai hukum memakan daging kultur tidak perlu dikeluarkan secara terburu-buru sehingga diketahui secara jelas sumbernya.

Beliau berkata kesan ke atas manusia dan bahan-bahan bagi penghasilannya juga perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum fatwa dikeluarkan.

Ia susulan kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mendapati bahawa daging kultur, secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat. – The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo