NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesir ugut tunda perjanjian damai jika Israel serang Rafah




RAFAH: Mesir mengugut untuk menundakan perjanjian damainya dengan Israel jika tentera Zionis  dihantar menyerang Rafah, bandar di sempadan Gaza yang padat dengan pelarian Palestian.

Ancaman untuk menggantung Perjanjian Camp David, batu asas kestabilan serantau selama hampir setengah abad, muncul pada hari ini, Ahad (11 Feb) selepas Perdana Menteri Israek, Benjamin Netanyahu berkata, menghantar tentera ke Rafah adalah perlu untuk memenangi perang empat bulan menentang kumpulan pejuang Palestin, Hamas.

Lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah melarikan diri ke Rafah untuk melarikan diri daripada pertempuran di kawasan lain, kawasan yang  dipenuhi ke dalam khemah yang luas dan tempat perlindungan yang dikendalikan PBB berhampiran sempadan Mesir. 

Mesir bimbang kemasukan beramai-ramai ratusan ribu pelarian Palestin yang mungkin tidak akan dibenarkan pulang semula ke Gaza, lapor AFP.

Perselisihan antara Israel dan Mesir, dua sekutu rapat Amerika Syarikat, muncul ketika kumpulan bantuan memberi amaran bahawa serangan di Rafah akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah menjadi bencana di Gaza, di mana kira-kira 80 peratus penduduk telah meninggalkan rumah mereka dan  PBB berkata suku daripada penduduk menghadapi  masalah kebuluran.

Tidak jelas ke mana orang awam di Rafah akan pergi jika Israel benar-benar akan menyerang Rafah dalam masa terdekat ini.

Netanyahu, dalam temu bual dengan ABC Newsmencadangkan orang awam di Rafah boleh melarikan diri ke utara, mengatakan terdapat ‘banyak kawasan’ yang telah ‘dibersihkan’ oleh tentera Israel. 

Mendakwa Israel sedang membangunkan ‘pelan terperinci’  untuk menempatkan semula mereka, namun serangan Zionis telah menyebabkan kemusnahan yang meluas, khususnya di utara Gaza, dan pertempuran sengit masih berlaku di tengah Gaza dan bandar selatan Khan Younis.  HARAKAHDAILY  11/2/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo