YBM Tiong ini dikenali sebagai seorang menteri yang “kaki bulldoze” — termasuklah kisah beliau dengan kakitangan Imigresen di KLIA tahun lalu.
Satu kementerian tengah bengang sekarang. Moral kakitangan pun jatuh. Industri pun terkejut. Pagi-pagi orang industri menelefon saya, mengadu itu dan ini, dan sudah tentulah KP sendiri yang dilantik kira-kira setahun lalu pula bagaikan sedang menghadapi hukuman mati — terkapa-kapa.
Sumber-sumber memberitahu, pemain industri dikatakan tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh menteri yang kini “terlalu taksub” dengan pelan menarik pelancong secara mega dari negara China.
Malah peruntukan besar juga diletakkan untuk promosi ke negara Tanah Besar itu.
Selain itu, tindakan Menteri yang bakal melantik orang luar sebagai Timbalan Ketua Pengarah yang hanya memfokuskan kepada negara China dijangka memburukkan lagi keadaan organisasi itu.
Adakah pelancongan China sahaja yang berhak mendapat pelbagai insentif termasuk keistimewaan mendapatkan status penduduk tetap (PR) Malaysia?
Difahamkan, tindakan menteri lebih drastik dan bulldoze selepas dikatakan beliau menukarkan Setiausaha Bahagian (SUB) Pengurusan Acara dan SUB Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan di MOTAC sebelum ini. Apa alasan dan muslihat beliau pun kita tidak tahu?
Rakyat bertanya apa dah jadi dengan negara ini. Semuanya kelam-kabut. Adakah PMX tidak ambil tahu dan membiar sahaja menterinya bermaharajalela?
Ingatlah rakyat memerhati apa yang sedang berlaku dalam negara ini? Rata-rata mereka sudah pening. Merungut sana-sini mengenai gelagat kerajaan ini — termasuk di atas meja-meja makan di musim kenduri-kendara sekarang.
Sumber asal | BebasNews
No comments
Post a Comment